Isu Kg Sg Baru: Caprice dah jemput Rafidah Ibrahim sertai podcast

LocalEntertainment
12 Sep 2025 • 10:19 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Caprice meluahkan hasrat menjemput pelakon Rafidah Ibrahim sebagai tetamu jemputan dalam program audio siar The Caprice Podcast Show.

Jemput Rafidah dalam podcast

image is not available

Menurut perkongsian di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli memberitahu dia telah menjemput pelakon terbabit bagi menerangkan kisah sebenar di sebalik operasi pengosongan kediaman penduduk Kampung Sungai Baru pada pagi Khamis, semalam.

Instagram will load in the frontend.

“Sebab dah ramai direct message (DM), Cap dah jemput Rafidah dan lain-lain untuk masuk podcast bagi menceritakan keadaan sebenar kes ini bermula macam mana,” kata Caprice, semalam.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan jemputannya disambut baik oleh Rafidah dan bersedia untuk melakukan podcast terbabit dengan menjelaskan segalanya secara matang dan sahih.

image is not available

“Saya dah jemput, insya-Allah semua sudi masuk podcast dan kongsi secara matang dan ada budi bicara,” jelasnya.

Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi warganet dan rata-ratanya menyokong tindakan penyanyi itu melakukan satu segmen khas bagi membincangkan perkara tersebut serta memintanya turut menjemput pihak pemaju supaya perbincangan yang dilakukan tidak berat sebelah.

Panggil juga pemaju

image is not available

Terima kasih bro

image is not available

Sedihnya tengok

image is not available

Terdahulu, Rafidah menjelaskan sepatutnya terdapat rayuan penangguhan di mahkamah pada 3 Oktober, namun pendaftar meletakkan 11 September untuk pengosongan kediaman penduduk.

Difahamkan, kekecohan mula tercetus apabila sekumpulan penduduk enggan memberi kerjasama semasa operasi pengosongan Kampung Sungai Baru sehingga menyebabkan kecederaan kepada orang ramai dan pihak berkuasa.

Sumber: Instagram capricedaddycap