Tular Isu Sorok Kamera Dalam Bekas Pewangi Di Homestay, Lelaki 20 Tahun Dicekup

12 Feb 2024 • 2:02 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tular di media sosial, 4 wanita trauma jumpa kamera skodeng dalam bilik air homestay di P.Pinang

Tular Isu Sorok Kamera Dalam Bekas Pewangi Di Homestay, Lelaki 20 Tahun Dicekup. Polis telah menahan seorang lelaki berusia 20 tahun untuk membantu siasatan berkaitan penemuan kamera tersembunyi di dalam alat pewangi bilik air di sebuah rumah inap di Jelutong, George Town, Pulau Pinang pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid menyatakan bahawa suspek ditangkap di Kuala Lumpur pada petang Ahad berikutan maklumat yang diterima daripada orang ramai dan pemantauan polis.

image is not available
Tular Isu Sorok Kamera Dalam Bekas Pewangi Di Homestay, Lelaki 20 Tahun Dicekup. Sumber: TikTok

Suspek adalah rakan seorang wanita yang membuat laporan polis tersebut

Menurut laporan, suspek merupakan rakan kepada seorang wanita yang membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Razlam berkata suspek yang ditahan itu juga dipercayai menginap di rumah inap terbabit bersama beberapa rakan yang lain.

Difahamkan, pihak polis telah mengenal pasti suspek sebelum menahannya bagi membantu siasatan mengenai kamera yang disorokkan di dalam bilik air rumah inap tersebut.

Direman selama empat hari

“Kami telah mendapatkan perintah reman selama empat hari manakala kes akan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kesopanan seseorang,” katanya menerusi sumber.

Dalam pada itu, ekoran daripada kejadian tersebut, difahamkan wanita terbabit bersama rakannya tidak dapat tidur sepanjang malam disebabkan trauma dengan insiden yang berlaku.

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/tular-isu-kamera-tersembunyi-di-airbnb-sabah-polis-kini-sedang-kenal-pasti-pasangan-dari-china

https://www.iloveborneo.my/tular-isu-bilik-persalinan-ada-kamera-tersembunyi-hm-buat-pemeriksaan-di-cawangan-seluruh-malaysia