Tular Isu Tidak Benarkan Isi Minyak Dalam Tong, Ini Rupanya Penjelasan KPDNHEP

28 Jul 2022 • 4:49 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

KPDNHEP melarang isi minyak dalam tong, drum dan apa-apa bekas plastik

Tular Isu Tidak Benarkan Isi Minyak Dalam Tong, Ini Rupanya Penjelasan KPDNHEP. Majoriti rakyat bengang dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak KPDNHEP berkenaan dengan individu atau organisasi perlu memohon lesen khas untuk mengisi minyak ke dalam bekas (tong).

Turut difahamkan juga bahawa perniagaan kecil, organisasi atau individu perlu memohon lesen khas di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk layak membeli petrol dan diesel dari stesen minyak untuk kegunaan sendiri.

image is not available
Tular Isu Tidak Benarkan Isi Minyak Dalam Tong, Ini Rupanya Penjelasan KPDNHEP. Sumber gambar Twitter @KucingKuncitara

Ini rupanya penjelasan pihak KPDNHEP

Baru-baru ini pihak KPDNHEP telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan berkenaan dengan isu tersebut. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata permit khas itu hanya tersedia untuk pembelian melebihi 20 liter dan ke atas sahaja.

image is not available
Tular Isu Tidak Benarkan Isi Minyak Dalam Tong, Ini Rupanya Penjelasan KPDNHEP. Sumber gambar: FB Alexander Nanta Linggi

image is not available
Sumber gambar: FB Alexander Nanta Linggi

Pembelian diesel atau petrol dalam kuantiti 20 liter dibenarkan

Turut dibenarkan untuk membeli minyak berseubsidi tersebut dalam kuantiti 20 liter ke dalam bekas plastik yang ada ciri-ciri keselamatan. Pembelian kurang 20 liter dan bagi kes kecemasan (contoh kereta kehabisan minyak), tidak perlu memohon permit.

Manakala individu atau organisasi hendak membeli lebih daripada 20 liter hendaklah mempunyai permit. Permit ini boleh dimohon secara dalam talian atau hadir terus ke mana-mana pejabat KPDNHEP. Kelulusan akan diberikan dalam tempoh kurang dari 7 hari.

Permit menerusi AKB 1961 adalah PERCUMA dan terpakai untuk tempoh 12 bulan atau 1 tahun.

image is not available
Sumber gambar: FB Sarawak Roads Update

Hal ini terjadi kerana risau berlakunya penyelewengan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Keperluan permit khas itu bagi mengelakkan barang kawalan dan bersubsidi seperti petrol dan diesel daripada diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tiada bayaran dikenakan bagi permohonan permit khas berkenaan.

Pernah tular beberapa kali kenderaan asing mengisi minyak RON95 di Sarawak. Baca lebih lanjut di pautan di bawah: