Lagi Kenderaan Plat Asing Isi Minyak RON95, Kali Ini Di Pusat Bandar Kuching

26 Jul 2022 • 5:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Petrol RON95 adalah minyak BERSUBSIDI hanya untuk rakyat Malaysia sahaja.

Lagi Kenderaan Plat Asing Isi Minyak RON95, Kali Ini Di Pusat Bandar Kuching. Sebelum ini, isu seperti ini pernah tular di mana terdapat satu perkongsian di Facebook gambar sebuah kenderaan negara Indonesia mengisi petrol bersubsidi RON95 di Sarawak.

Walaupun isu tersebut berlaku baru-baru ini, namun ia timbul semula apabila terdapat satu lagi perkongsian di Facebook pada hari ini gambar sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran Indonesia mengisi petrol RON95.

image is not available
Lagi Kenderaan Plat Asing Isi Minyak RON95, Kali Ini Di Pusat Bandar Kuching

Kenderaan bernombor pendaftaran Indonesia mengisi petrol RON95

Menurut perkongsian daripada Sarawak Roads Update, pihak mereka telah mendapat satu pesanan melalui Facebook, memberi gambar sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Indonesia mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak di pusat Bandaraya Kuching.

Hal ini telah menimbulkan kerisauan ramai netizen kerana isu ini dilihat semakin menjadi-jadi di Sarawak.

image is not available
Sumber foto: Sarawak Roads Update

KPDNHEP Sarawak telah mengambil tindakan

KPDNHEP Sarawak kemudiannya telah menjalankan serbuan ke atas stesen minyak yang disyaiki tersebut dan kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

KPDNHEP Sarawak dalam masa yang sama menyeru agar orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mana-mana orang atau pengusaha stesen minyak yang melanggar perundangan ini boleh menyalurkan aduan lengkap dengan nama dan lokasi stesen minyak serta bukti bergambar kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:

  1. WhatsApp 019-848 8000 / 019-279 4317
  2. Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my
  3. Call Centre 1-800-886-800
  4. Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my
  5. Ez ADU KPDNHEP

Sebelum ini pernah tular isu ini, jadi mari kita ketahui mengapa kenderaan asing tidak dibenarkan mengisi petrol RON95 di Malaysia: