Tular Jemputan Parti Seks Liar Di Johor, Kerajaan Negeri Beri Amaran

Entertainment
24 May 2023 • 1:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial satu jemputan ke sebuah parti seks liar yang diadakan di Johor Bahru, Johor.

Jemputan yang memaparkan beberapa peraturan serta ‘kelayakan’ peserta itu tular dan mendapat reaksi yang mengejutkan daripada netizen.

image is not available

Ianya turut mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid yang berkata beliau sudah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk mengambil tindakan segera tentang isu yang tular itu.

Dalam sebuah posting Facebook miliknya, Mohd Fared menegaskan beliau tidak ada satu pun acara tidak bermoral seperti ini dibenarkan di Johor.

image is not available

“Jangan cuba berkelakuan dengan perangai buruk di Johor, mengajak orang melakukan maksiat terang-terangan dan tak bermoral.

Saya dah arahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor siasat dan ambil tindakan segera,” tulisnya.

Selain itu, beliau turut meminta semua pihak membantu mencegah perbuatan tidak bermoral dan maksiat seperti itu di negeri ini.

Merujuk kepada poster tersebut, parti berkenaan sepatutnya diadakan pada 20 Jun ini dan ianya terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.