Tular Jual Stoking Tulisan Kalimah Allah, KK Super Mart Mohon Maaf & Henti Penjualan

Entertainment
14 Mar 2024 • 10:47 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular semalam di media sosial mengenai isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di salah sebuah cawangan kedai runcit ternama iaitu KK Super Mart, Bandar Sunway.

Hantaran yang dimuat naik oleh @firdauswong di Instagram telah membuatkan ramai pengikutnya berasa kecewa dengan kecuaian pihak pengurusan KK Super Mart.

image is not available

Tak jaga sensitiviti agama Islam

Dalam hantaran tersebut, Firdaus Wong menunjukkan gambar sepasang stoking berwarna putih yang jelas tertera kalimah Allah. Kalimah tersebut diletakkan di bahagian getah stoking dan ia dijual dengan harga RM6.99.

image is not available

Firdaus bagaimanapun meluahkan rasa kecewa di kapsyen hantaran tersebut serta meminta pihak berkuasa siasat isu penjualan stoking tersebut.

Bagaimana stoking yang tertulis ‘Allah’ ini boleh dijual di sebuah kedai serbaneka di Sunway? Terlepas pandang atau kurang sensitif? Harap pihak berkuasa siasat segera.

Di ruangan komen juga, ramai pengikutnya turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak pengeluar stoking.

image is not available image is not available

KK Super Mart mohon maaf

Bagaimanapun, pihak pengurusan KK Super Mart telah membuat permohonan maaf kepada umum mengenai kesilapan penjualan stoking jenama MIRANOSOCK di cawangan KK Super Mart Bandar Sunway.

KK Super Mart juga menjelaskan stoking tersebut merupakan produk consignment (aturan barang yang ditinggalkan oleh pihak ketiga untuk dijual) dan mereka juga telah berhubung dengan pihak vendor bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Meninjau di ruangan komen, tindakan pantas pihak KK Super Mart telah dipuji oleh pengguna Facebook.

image is not available image is not available

Harap isu macam ni tak jadi dah lepas ni..

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.