Tular Kejadian Kereta Terbakar, Suspek Gaduh Sama Diri Gara-Gara Tak Puas Hati Ditahan Polis

11 May 2023 • 8:58 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kereta terbakar itu dilaporkan berasal dari Indonesia

Tular Kejadian Kereta Terbakar, Suspek Gaduh Sama Diri Gara-Gara Tak Puas Hati Ditahan Polis. Semalam dilaporkan beberapa lelaki dilihat bergaduh sesama sendiri berikutan pertelingkahan tidak puas hati sesama mereka.

Turut dilaporkan ialah sebuah kereta dengan nombor plat Indonesia yang sedang terbakar dipercayai ada kaitan dengan pergaduhan itu.

image is not available
Tular Kejadian Kereta Terbakar, Suspek Gaduh Sama Diri Gara-Gara Tak Puas Hati Ditahan Polis

Sudah ditahan polis

Difahamkan, suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu bergaduh sesama sendiri kerana rasa tidak puas hati antara satu sama lain.

Kejadian yang berlaku di hadapan sebuah farmasi berhampiran Emart Batu Kawa itu dikongsi oleh Sarawak Roads Updates di Facebook.

image is not available
Susulan kejadian. Kredit: FB Sarawak Roads Update

Menurut mereka, kesemua suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu telah ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Ketika artikel ini ditulis, PDRM Kuching masih belum membuat sebarang pengumuman berhubung kejadian tersebut.

image is not available
Salah seorang suspek ditahan. Kredit: FB Sarawak Roads Update

Lagi di sini: