Tular Kemalangan Maut Libatkan Lori di Jalan Gedong-Simunjan

14 Feb 2025 • 3:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Laporan awal mengatakan bahawa terdapat mangsa meninggal dunia serta merta di tempat kejadian

Tular Kemalangan Maut Libatkan Lori di Jalan Gedong-Simunjan. Sebuah kemalangan maut baru sahaja berlaku di Jalan Gedong-Simunjan. Dalam hantaran video yang tular di laman Facebook, sebuah lori muatan berat dilihat terbabas ke bahu jalan, manakala sekujur jasad terbaring di atas jalan raya.

Dalam pada masa yang sama, kelihatan sebuah kereta turut terbabas di bahu jalan sebelah kanan.

image is not available
Tular Kemalangan Maut Libatkan Lori di Jalan Gedong-Simunjan. Sumber: Facebook

Pihak ambulans juga sudah berada di lokasi kejadian untuk memberi bantuan kecemasan. Setakat artikel ini ditulis, masih belum dapat dipastikan jumlah mangsa yang terlibat. Namun laporan awal memberitahu bahawa terdapat mangsa yang didapati meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

Kebelakangan ini, terdapat beberapa insiden lori muatan berat yang terbabas dan mengalami kemalangan di Jalan Gedong.

Hal ini justeru menimbulkan kebimbangan orang ramai tentang keselamatan terutamanya pengguna jalan raya yang mendakwa bahawa lori-lori yang melalui Jalan Gedong-Serian-Simunjan memandu dengan kelajuan yang merbahaya di jalan dua hala tersebut.

Laporan lanjut menyusul.

Sementara itu, baca juga artikel berkaitan ikan bauk, ikan terkecil dunia yang sering dijumpai di Sungai Batang Sadong