“Dari pagi sampai malam” – Aksi Kereta Axia Buat Pusingan Di Bulatan Cetus Tanda Tanya Netizen

Entertainment
14 Feb 2025 • 3:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah kereta Perodua Axia berwarna putih mencetuskan tanda tanya netizen apabila dilihat membuat pusingan beratus kali di sebuah bulatan di Kluang, Johor.

Menerusi video tular yang dikongsikan di media sosial, kelihatan Axia berwarna putih itu mengelilingi Bulatan Mahkota sambil menyalakan isyarat double signal.

Turut kelihatan beberapa anggota polis berada di lokasi berkenaan bagi mengawasi dan mengawal keadaan.

Menerusi maklumat yang dikongsikan, pihak polis berjaya menghentikan tindakan pemandu kereta berkenaan dari terus membuat pusingan.

“Kejadian sebuah kereta Axia berpusing di Bulatan Mahkota beratus kali. Pihak polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang telah berjaya menghentikan kereta tersebut.

“Punca kejadian masih belum diketahui,” tulisnya.

@kluangharilni

Kejadian Sebuah Kereta Axia Berpusing Di Bulatan Mahkota Beratus Kali, Dari Pagi Hingga Malam. Pihak Polis Dari IPD Kluang Telah Berjaya Menghentikan Kereta Tersebut. Punca Kejadian Masih Belum Diketahui. #InfoKluang #KHi

♬ original sound – Kluang Hari Ini – Kluang Hari Ini

Netizen dakwa nampak pemandu pusing bulatan dari pagi

Rata-rata netizen yang melihat kejadian terbabit turut berasa bingung kerana pemandu kereta Axia itu didakwa bertindak sedemikian sejak dari pagi.

Malah, ada yang mendakwa pemandu Axia putih itu adalah seorang warga emas yang berkemungkinan mempunyai masalah kesihatan mental.

image is not available

Beberapa pengguna turut berkongsi rakaman video kelibat kereta berkenaan ketika melalui bulatan tersebut pada waktu siang.

Ada juga yang prihatin dengan cuba mengikuti dan membunyikan hon kerana bimbang jika pemandu terbabit ada masalah kesihatan.

image is not available image is not available

Setakat artikel ini ditulis, belum ada lagi sebarang laporan daripada pihak polis.

Mujur, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.