Tular Kereta Ikut Ambulans Di Lebuh Raya, Polis Sahkan Kenderaan Terbabit Bawa Menteri

LocalCars
9 Feb 2024 • 10:09 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sebelum ini, tular di media sosial satu hantaran Facebook memaparkan kenderaan MPV berwarna hitam yang didakwa mengikut rapat sebuah ambulans dalam semasa berlaku kesesakan jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan antara Simpang Pulai ke Tapah.

Dipercayai tindakan itu sebagai cubaan untuk keluar daripada kesesakan jalan kerana berlaku kemalangan di kawasan terbabit.

Namun apa yang menjadi perhatian apabila kenderaan MPV yang tular itu dipercayai milik seorang menteri kerana tertera lambang tersebut pada kereta berkenaan.

Polis sahkan kereta tular ikut ambulans dinaiki menteri

Terbaharu, polis mengesahkan kereta yang mengikut rapat ambulans berkenaan pada 3 Februari lalu dinaiki oleh menteri.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri pihaknya telah mengesan satu posting yang tular di media sosial berhubung kejadian kereta rasmi menteri yang mengekori ambulans.

Ambulans itu dalam perjalanan ke lokasi kejadian kemalangan yang berlaku di KM305 Lebuh Raya Utara-Selatan.

“Siasatan awal dilakukan pihak polis mengesahkan bahawa kereta yang ditularkan telah dipandu seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu kepada menteri, bersama menteri yang dalam perjalanan ke sebuah program kebajikan yang akan dilangsungkan di Rumah Pangsa Jalan Silang, Ipoh,” ujarnya.

Menteri tak dapat hadir program kebajikan kerena kesesakan

Walau bagaimanapun, kerana kesesakan jalan raya yang berlaku menteri itu tidak dapat menghadiri program berkenaan.

Tambah Mohd. Yusri, keterangan pemandu yang membawa kenderaan tersebut telah diambil pihaknya. Malah polis turut akan memanggil saksi awam lain dan mendapatkan rakaman litar tertutup (CCTV) PLUS serta video dashcam ambulans itu untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Peraturan 9 (2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Ujarnya lagi, orang ramai yang melihat kejadian berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan atau boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis (IPD) Ipoh, Deputi Superintenden Koo Boon Huat di talian 016 417 3222.