Tular Kereta Kancil Tayar Besar Di Sarawak, Tapi Nombor Plat Pula Terkena 4D Raih Perhatian Netizen

13 May 2024 • 1:38 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Beruntung’ siapa yang terkena nombor tersebut

Tular Kereta Kancil Tayar Besar Di Sarawak, Tapi Nombor Plat Pula Terkena 4D Raih Perhatian Netizen. Video ni mesti pernah lalu dekat FYP Tiktok korang kan? Kereta kancil, tetapi dengan saiz tayar yang lebih besar.

Dalam video tersebut, kereta Kancil kelihatan dilengkapi dengan tayar yang jauh lebih besar daripada saiz standard, bahkan melepasi rangka kereta itu sendiri.

image is not available

Tular Kereta Kancil Tayar Besar Di Sarawak, Tapi Nombor Plat Pula Terkena 4D Raih Perhatian Netizen

Video tersebut telah menimbulkan kehairanan dan kekaguman di kalangan netizen yang teruja melihat modifikasi luar biasa pada kereta kompak ini. Walaupun tiada maklumat lanjut mengenai pemilik sebenar kereta ini, video tersebut terus menjadi viral.

Namun, perkara yang lebih menarik perhatian ramai adalah nombor plat kereta tersebut. Ternyata, nombor plat kereta ini secara kebetulan, terkena kepada nombor 4D Magnum.

Menerusi hantaran individu ini di laman Facebook, nombor plat milik kereta kancil ini telah terkena nombor tempat pertama 4D klasik. Hantaran tersebut telah raih perhatian netizen.