Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak malam tadi (14 Oktober) tular video di media sosial memaparkan kebakaran di sebuah kilang fiber di Jalan Muhibbah, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor Bahru.
Turut kelihatan api yang tebal serta asap tebal mula menyelubungi kawasan berkenaan.
View on Threads
Kebakaran berlaku membabitkan kawasan terbukan dan merebak ke kawasan simpanan fiber
Terbaharu, kebakaran itu turut merebak sehingga melibatkan longgokan bongkah boya setinggi 10 kaki.
Jelas Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, kebakaran terbabit dilaporkan berlaku jam 10.04 malam pada 14 Oktober turut membabitkan kawasan terbuka yang dipenuhi sampah sebelum api berkenaan merebak ke kawasan simpanan fiber.
Ujarnya lagi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang kemudiannya tiba di lokasi jam 10.11 malam, lokasi insiden terletak sekitar tujuh kilometer (km) dari balai.
Bomba berdepan kesukaran padam api kerana tiada sumber air berdekatan tempat kejadian
“Operasi pemadaman turut melibatkan anggota dari BBP Johor Jaya dengan kekuatan keseluruhan 18 anggota serta jentera FRT, CFRT dan EMRS.
“Pasukan bomba berdepan kesukaran memadam kebakaran berikutan ketiadaan sumber air berhampiran lokasi kejadian, selain terpaksa menggunakan air laut untuk operasi pemadaman,” jelasnya, lapor Kosmo.
Terpaksa berulang-alik 3.5km untuk isi air dalam tangki jentera
Menurut pihak JBPM Negeri Johor lagi, untuk mendapatkan bekalan air tambahan anggota bomba terpaksa berulang-alik ke pili bomba berdekatan.
Pili terbabit terletak sekitar 3.5km dari lokasi berlakunya kebakaran sekali gus menyukarkan proses mengisi tangki jentera.
Jam 3.17 pagi kebakaran merebak lagi
Namun katanya, kebakaran kemudiannya merebak sehingga ke kawasan seluas sekitar 500 kaki persegi pada jam 3.17 pagi.
Kebakaran yang merebak itu turut membabitkan kawasan penyimpanan fiber dan juga longgokan bongkah boya setinggi 10 kaki.
Susulan itu pihak bomba terpaksa membahagikan operasi pemadaman kepada dua bahagian pada jam 5.33 pagi. Perkara itu bertujuan untuk mempercepatkan usaha bagi mengawal kebakaran.
Operasi pemadaman masih lagi dijalankan
Menurutnya sehingga maklumat terakhir yang dikeluarkan pada pagi ini, operasi pemadaman di kawasan tersebut masih lagi diteruskan.
Walau bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan terbabit dalam insiden kebakaran itu.
View on Threads
Ramai bimbang dengan kebakaran berlaku dan harap cepat padam
Insiden yang berlaku mencetuskan kebimbangan rata-rata netizen di media sosial memandangkan keadaan jerebu yang juga teruk di Johor Bahru.
Ada yang berpendapat asap kebakaran tersebut akan menyebabkan udara menjadi semakin tidak sihat dan berharap ia dapat dipadamkan dengan segera.
Tidak kurang ada yang dipercayai duduk berdekatan kawasan kebakaran mengatakan mereka merasai bahang dan bau terbakar.
Ada juga menasihatkan orang ramai yang berada di lokasi berdekatan untuk memakai topeng muka apabila berada di luar.
“Tolong orang-orang sama pakai topeng muka. Fiber ni kalau masuk paru-paru sangatlah bahaya. Jangan pakai topeng muka biasa, tolong cari KN95”
![Image from: Tular Kilang Fiber Di Pasir Gudang Terbakar Sejak Malam Tadi, Api Marak Buat Ramai Bimbang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/terbakar-di-pasir-gudang-1.jpg)
“Allahu. Dahlah tengah teruk IPU, makin bertambah-tambahlah jerebu”
![Image from: Tular Kilang Fiber Di Pasir Gudang Terbakar Sejak Malam Tadi, Api Marak Buat Ramai Bimbang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/terbakar-di-pasir-gudang-2.jpg)
“Patutlah bahang dan bau terbakar malam tadi. Allahu Akbar”
![Image from: Tular Kilang Fiber Di Pasir Gudang Terbakar Sejak Malam Tadi, Api Marak Buat Ramai Bimbang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/terbakar-di-pasir-gudang-3.jpg)
“Semoga tak melibatkan rumah penduduk sekitar. Harap dapat padamkan api dengan segera”
![Image from: Tular Kilang Fiber Di Pasir Gudang Terbakar Sejak Malam Tadi, Api Marak Buat Ramai Bimbang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/terbakar-di-pasir-gudang-4.jpg)

