Kilang fiber terbakar, api marak sejak malam tadi

15 Oct 2026 • 9:02 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kilang fiber terbakar, api marak sejak malam tadi

JOHOR BAHRU – Kebakaran melibatkan kawasan penyimpanan fiber di Jalan Muhibbah, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang di sini, merebak sehingga melibatkan longgokan bongkah boya setinggi 10 kaki sejak malam tadi.

Kebakaran yang dilaporkan pada pukul 10.04 malam semalam itu turut melibatkan kawasan terbuka yang dipenuhi sampah sebelum api merebak ke kawasan simpanan fiber.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang tiba di lokasi pada pukul 10.11 malam, kira-kira tujuh kilometer (km) dari balai.

“Operasi pemadaman turut melibatkan anggota dari BBP Johor Jaya dengan kekuatan keseluruhan 18 anggota serta jentera FRT, CFRT dan EMRS.

“Pasukan bomba berdepan kesukaran memadam kebakaran berikutan ketiadaan sumber air berhampiran lokasi kejadian, selain terpaksa menggunakan air laut untuk operasi pemadaman,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, bagi mendapatkan bekalan air tambahan, anggota bomba terpaksa berulang-alik ke pili bomba berhampiran yang terletak kira-kira 3.5 km dari lokasi kebakaran untuk mengisi tangki jentera.

Tambahnya, pada pukul 3.17 pagi ini, kebakaran dilaporkan merebak ke kawasan seluas kira-kira 500 kaki persegi dan melibatkan kawasan penyimpanan fiber serta longgokan bongkah boya setinggi 10 kaki.

Operasi pemadaman kemudian dibahagikan kepada dua bahagian pada pukul 5.33 pagi bagi mempercepatkan usaha mengawal kebakaran.

Sehingga maklumat terakhir dikeluarkan pada pagi ini, operasi pemadaman masih diteruskan.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.-KOSMO! ONLINE

The post Kilang fiber terbakar, api marak sejak malam tadi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved