Tular Kisah Sedih Doktor Kematian Isteri & Anak, Netizen Dedah Rupa-rupanya Ia ‘Fake’?

Entertainment
15 May 2023 • 11:23 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selain menjadi medium untuk berhubung dengan ahli keluarga dan sahabat handai, Facebook adalah tempat di mana penggunanya berkongsi momen-momen dalam hidup sama ada suka mahupun duka.

Baru-baru ini, telah tular satu perkongsian mengenai seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Iqbal Hamdi yang menceritakan kisah hidupnya yang sedih.

image is not available

Ia bermula dengan kisah bagaimana isterinya, Sabrina meninggal dunia akibat komplikasi melahirkan anak kedua mereka yang diberi nama Melissa dan beberapa tahun selepas itu, dia kehilangan pula anak pertamanya, Rayyan akibat penyakit ‘bronchopneumonia’.

Doktor ini katanya menetap di Australia dan kini sedang bergelut menangani emosi kehilangan dua orang yang dia sayangi.

‘Dr Iqbal Hamdi’ rupanya tak wujud?

Namun setelah posting itu viral dan mendapat simpati dari ramai pihak, ada yang mendakwa posting doktor berkenaan hanyalah palsu semata-mata dan kemungkinan identiti doktor tersebut juga tidak wujud.

Dr Syahr Musafir menerusi posting di Facebook juga mendedahkan bahawa disebabkan dia bekas staf di Royal Adelaide Hospital yang merupakan tempat di mana doktor tersebut bekerja, dia memutuskan untuk menyiasat siapakah Dr Iqbal Hamdi tersebut.

image is not available

Apa yang dia temui adalah sangat mengejutkan dan rupa-rupanya memang benar doktor tersebut tidak wujud.

Saya buka profilnya dan saya screenshot gambarnya. Terus cari di Google Lens. Gambar bernama Dr Iqbal Hamdi itu sebenarnya gambar Hengky Lim, warga Indonesia yang bekerja sebagai jururawat di Los Angeles. Saya terkejut.

“Terus screenshot cover photo pula. Ada gambar anak-anak yang diceritakan sebagai Melissa dan arwah Rayyan. Hasil carian Google Lens, itu adalah gambar kanak-kanak dari Pixabay dot Com.

“Kalau pun “Dr Iqbal Hamdi” itu benar dan wujud, nampaknya dia guna gambar palsu. Kalaupun kisah “arwah isteri dan arwah anak lelaki” itu benar, nampaknya gambar anak-anak yang dipaparkan itu adalah palsu,” katanya.

Kisah seorang Dr ini sedang viral sekarang. Saya baca posting dia, siap saya menangis sekali. Tetapi disebabkan dia…

Posted by Syahr Musafir on Sunday, May 14, 2023

Dalam pada itu, Dr Syahr juga meminta orang ramai untuk tidak mudah terpedaya dengan kisah palsu tersebut dan bimbang jika digunakan untuk memanipulasi orang ramai.

Dalam pada itu, posting dan akaun Facebook individu berkenaan juga difahamkan sudah dipadam dari media sosial.

Hati-hatilah sebelum share mana-mana posting ke media sosial. Banyak scammer sekarang ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.