Tular kisah wanita meninggal dalam tidur, wakil keluarga cari ibu susuan untuk bayi

LocalFamily & Parenting
10 Jan 2025 • 10:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
wanita meninggal dalam tidur

Wakil keluarga kepada wanita meninggal dalam tidur telah meminta bantuan untuk mencari ibu susuan buat bayi allahyarham yang masih menyusu badan.

Menerusi perkongsian dari Kaunselor Laktasi, Nad Masrom di Facebook, wakil keluarga kepada allahyarham Nur Izzaty Hafizah binti Abuhuraira telah meminta bantuan untuk mendapatkan mana-mana ibu susuan untuk menyusukan bayinya.

 

image is not available

Keluarga perlukan susu untuk bayi wanita meninggal dalam tidur

Dalam perkongsian tersebut juga, mereka juga berharap agar wanita yang mempunyai bayi lelaki sekitar Rawang untuk membantu mereka yang ketika ini sangat memerlukan.

“Assalamualaikum saya bagi pihak keluarga suami allahyarham Izaty berhahat untuk mencari ibu susuan buat baby Faleeq.

“Kalau boleh yang ada baby lelaki dan tinggal sekitar rawang dalam kadar segera.

“Boleh hubungi saya di 013-2292783,” tulisnya.

image is not available

Semoga urusan keluarga wanita meninggal dalam tidur dipermudah

Nad Masrom yang mahu membantu keluarga allahyarham telah meminta orang ramai untuk menyebarkan perkara tersebut supaya dapat membantu dengan kadar yang segera.

Dia juga berharap agar wakil keluarga segera mendapat bantuan susu supaya bayi allahyarham tidak kelaparan selepas beberapa hari pemergian arwah.

image is not available

Terdahulu, kisah seorang ibu muda yang meninggal dunia dalam pelukan suami ketika tidur benar-benar meruntun hati ramai memandangkan dia baru sahaja selesai menyusukan anak.

Difahamkan, hasil post mortem mendapati allahyarham mengalami jangkitan pada paru-paru, namun suaminya menyatakan yang arwah tidak menunjukkan sebarang tanda sedang sakit dan mereka juga baru sahaja pulang bercuti.

Allahyarham telah meninggalkan suami dan seorang bayi berusia dua bulan.

Sumber: Facebook Nad Masrom