Tular Komen ‘Childfree’ Sebab Anak Membebankan, Wanita Nasihat Jangan Jadi Hamba Duit

Entertainment
24 Jun 2024 • 1:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk memiliki zuriat yang akan meneruskan generasi keluarga, namun tular baru-baru ini tentang fenomena ‘Childfree’ yang mana pasangan mengambil keputusan untuk tidak mempunyai anak atas alasan tidak bersedia ataupun masalah kewangan.

Anak membebankan, baik childfree?

Pun begitu, tular satu tangkap layar komen daripada seorang pengguna TikTok dipercayai cemburu dengan pasangan yang mempraktikkan childfree malah, pengguna itu menganggap banyak duit perlu dihabiskan untuk perbelanjaan anak-anak.

Sepupu aku childfree. Best sebab takde tanggungan. Duit banyak habis kat diorang je. Takyah serabut fikir orang lain… ni balik balik kena saving untuk anaklah, fikir simpan anak nak masuk universiti, asrama..

image is not available

“Jangan jadi hamba duit”

Bagaimanapun, tangkap layar komen itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuklah seorang wanita di Facebook Nad Masrom, seorang kaunselor laktasi.

Menurutnya, tidak salah jika merancang untuk tidak menambah anak atas beberapa faktor tetapi bukan beranggapan anak itu membebankan.

Kalau merancang untuk tidak tambah anak atas faktor ekonomi, faktor kesihatan, faktor keselamatan rahim ibu dan lain-lain itu memang wajar. Tetapi bukan menghalang matlamat perkahwinan untuk ada zuriat keturunan.

Mungkin memang ada yang merancang untuk tidak ada anak dahulu. Tetapi tidaklah kita ini memberi pandangan seolah-olah anak itu satu perkara yang membebankan sehingga menghabiskan duit kita.

childfree

Hidup berdua pun saving kalau simpan sejuta ringgit pun tetap boleh habis dik kalau Allah mahukan. Jangan jadi hamba duit. Betulkan niat dan fahami apa makna sebuah perkahwinan. Kalau semuanya sebab duit, alamatnya percayalah, simpanlah banyak mana. Tahu-tahu bocor je.

Merancang tak salah. Tapi jangan sampai meragui Yang Maha Pemberi Rezeki sehingga kita anggap kita boleh ‘kawal’ semuanya berkaitan rezeki.

Kerana sesungguhnya manusia itu sering takut dengan rezeki yang Allah dah janjikan dan sangsi dengan Yang Maha Pemberi Rezeki. Itulah tugas syaitan untuk buat kita ragu-ragu dengan Dia Yang Maha Esa.

childfree

image is not available image is not available

Sebenarnya, anak pun dikira rezeki walaupun bukan dalam bentuk wang..

Sumber: Facebook

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.