Tular Landskap SMK Merbau Di Miri Ini Memukau, Tarik Perhatian Netizen

9 Dec 2024 • 3:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Netizen Puji Landskap Sekolah SMK Merbau Miri

Tular Landskap SMK Merbau Di Miri Ini Memukau, Tarik Perhatian Netizen. Baru-baru ini, SMK Merbau di Miri, Sarawak, menjadi perbualan hangat di media sosial selepas memuat naik gambar landskap sekolah yang memukau.

Dengan hiasan landskap yang tersusun rapi, kerusi santai berwarna-warni, dan payung-payung berwarna terang, sekolah ini benar-benar menyerlah bak sebuah institusi swasta.

image is not available

SMK Merbau Miri, Sekolah Kerajaan Bak Sekolah Swasta

Posting di Facebook yang berkongsi gambar tersebut telah menarik ribuan tanda suka, ratusan komen, dan perkongsian. Rata-rata netizen memuji usaha warga sekolah dalam mencantikkan kawasan sekolah, malah ada yang menyifatkannya sebagai satu bentuk terapi minda buat pelajar dan guru.

Landskap ini jelas bukan sekadar hiasan; ia adalah satu pelaburan untuk kesejahteraan warga sekolah. Suasana yang cantik dan menyenangkan ini membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan mood pelajar, dan secara tidak langsung menyokong proses pembelajaran. Guru-guru juga pastinya dapat menikmati suasana kerja yang lebih kondusif.

Tahniah kepada warga SMK Merbau atas usaha ini, yang pastinya menjadi inspirasi kepada banyak pihak lain.

Baca juga artikel menarik di bawah: