‘Sarawak Ada Airport Ke?’ Ini Respon Padu Netizen

10 Dec 2024 • 12:00 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Sarawak ada airport ke?” – Hantaran tular buat ramai terhibur

Sarawak Ada Airport Ke? Ini Respon Padu Netizen. Baru-baru ini, satu hantaran di platform X telah mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna bertanya, “Sarawak ada airports ke?”. Soalan ini kelihatan seperti gurauan, tetapi respon balas pengguna lain menjadikan situasi lebih menghiburkan.

Antara komen yang paling mendapat perhatian ialah:
“Xde… dia landing terus ke rumah setiap passenger yg dlm tu.” Kenyataan santai ini telah membuatkan netizen berdekah dengan kebijaksanaan jawapan tersebut.

image is not available
Sarawak Ada Airport Ke? Ini Respon Padu Netizen. Sumber foto: Platform X

Namun, tidak semua respon bersifat jenaka. Ada juga yang mengambil peluang untuk menyelitkan pandangan peribadi berbaur politik dan fakta ekonomi:

“Bagi dia borang PKR/DAP. Bodoh macam ni mesti pentaksub PH yang dulu dok jaja Sarawak akan bankrup bawah GPS. Untuk pengetahuan dia, next year their revenue will be about 15b while Selangor’s baru 3b.”

Sah, Sarawak Bakal Miliki MasWing Hujung Tahun Ini

Berita tentang Sarawak menjadi pemilik penuh MASwings juga telah menjadi bualan hangat. Keputusan ini membuktikan komitmen negeri tersebut dalam membangunkan industri penerbangan serantau, seterusnya meningkatkan aksesibiliti ke kawasan pedalaman dan luar bandar.

Dengan langkah pengambilalihan ini, Sarawak dijangka mampu memperkasakan lagi rangkaian pengangkutannya.

Sarawak Ada Airport ke? Jawapannya: Banyak!

Bagi anda yang masih tertanya-tanya, Sarawak sebenarnya mempunyai beberapa lapangan terbang seperti:

  1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
  2. Lapangan Terbang Miri
  3. Lapangan Terbang Sibu
  4. Lapangan Terbang Bintulu
  5. Lapangan Terbang Lawas, Mukah, dan beberapa STOLports (Short Take-Off and Landing)

Jadi, kepada individu yang bertanya, jangan risau! Sarawak bukan sahaja ada airport, malah mempunyai sistem penerbangan yang semakin kukuh dengan inisiatif kerajaan negeri ini.

Momen seperti ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menjadi peluang untuk menonjolkan pencapaian Sarawak dalam bidang penerbangan.

Sarawak bukan sekadar ada airport, malah akan mempunyai penerbangan yang dimiliki sendiri. Hebat, kan?

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai pengambilalihan MASWings: