Tular Lelaki Berbogel Tahan Lori Tengah Jalan Di Bintulu, Jadi Bahan Jenaka Netizen

31 Oct 2022 • 4:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki berbogel sekali lagi tular kerana telah menahan lori bergerak di tengah jalan

Tular Lelaki Berbogel Tahan Lori Tengah Jalan Di Bintulu, Jadi Bahan Jenaka Netizen. Sejak kebelakangan ini, nama bandar Bintulu semakin hangat diperkatakan di media sosial. Bukan kerana adanya acara atau aktiviti yang gah diadakan di Bintulu. Tetapi, lebih kepada isu viral.

Malah, sudah acapkali kita dengar tentang individu yang berbogel yang melakukan hal yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam. Salah satunya yang telah tular dimana seorang individu lelaki telah menahan lori yang bergerak di tengah jalan.

image is not available
Tular Lelaki Berbogel Tahan Lori Tengah Jalan Di Bintulu, Jadi Bahan Jenaka Netizen. Sumber gambar: FB Bintulu News Page

Tindakan yang berbahaya, cetus kerisauan dan jadi bahan jenaka netizen

Menahan lori yang sedang bergerak di tengah jalan pasti akan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalanraya yang lain dan diri individu tersebut. Makin memburukkan keadaan apabila individu tersebut bertindak dalam keadaan berbogel.

Hal ini telah tular dengan cukup pantas di media sosial Facebook kerana sejak kebelakangan ini banyak isu viral yang melibatkan individu berbogel di Bintulu. Antara aksi yang dilakukan adalah tidur merata dan marayau sekitar pasar Bintulu, mengamuk dan kali ini menahan lori pengguna jalanraya yang lain.

Tidak dapat dipastikan adakah individu tersebut adalah orang yang sama atau tidak. Namun, tindakan kali ini benar-benar mencetus kerisauan. Risau tentang isu keselamatan bahkan merasakan hal ini seperti tiada kesudahan.

image is not available
Sumber gambar: FB Bintulu News Page

Netizen juga dapat dirasakan sudah mula lali dengan isu ini dan mereka meninggalkan komen yang menjadikan isu ini sebagai bahan jenaka. Diharapkan pihak berkuasa dapat melakukan tindakan sewajarnya dan dengan kadar segera agar isu ini tidak berulang lagi dan lagi.

Bintulu sememangnya menjadi topik hangat dan antara isu yang menjadi perbualan netizen adalah seperti di dalam artikel di bawah: