
Tindakan seorang lelaki memukul wanita baru-baru ini, tular di media sosial yang mana ramai netizen berang apabila melihat tindakan kejam lelaki tersebut yang menampar, tendang dan baling selipar arah mangsa termasuklah selebriti tanah air.
Dalam video tersebut juga dilihat wanita menangis sampai meraung sambil mempertahankan kepalanya di dinding.
Orang ramai menyirap
Antara selebriti yang kongsikan video tersebut adalah Michael Ang di Instagram (sebelum dipadam) dan juga Neelofa menerusi Twitter miliknya dan meraih lebih daripada 24K jumlah retweets dalam masa 19 jam.

Dalam pada itu, selebriti lain seperti Yana Samsudin, Idayu, Syafiq Farhain, Raja Ilya dan Erul Samah juga menyirap melihat tingkah laku lelaki itu dan menggesa agar pihak polis segera ambil tindakan.


Memetik laporan Harian Metro, kejadian ini dikatakan berlaku di Kota Kinabalu, Sabah, namun masih belum ada kepastian waktu kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis mengenai kejadian itu sama ada benar ia berlaku di Kota Kinabalu.
Namun begitu, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai video tular berkenaan dan meminta kerjasama dari semua pihak untuk tampil memberikan maklumat mengenai kejadian itu.
Salah mangsa?
Bagaimanapun, sumber melaporkan bahawa ada pihak yang mendakwa wanita tersebut yang salah, punca kejadian itu dikatakan wanita berkenaan tinggalkan ibunya yang tenat bersendirian di rumah semata-mata nak bertemu dengan teman lelaki dan individu yang memukulnya itu adalah abang kandungnya sendiri.

Hurm, apa pandangan korang? Wajar ke tindakan itu sampai perlu dirakam? Atau ada kes lain? Apapun kita tunggu penjelasan daripada pihak berkuasa mengenai isu ini.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


