Tular Lelaki Di Kuching Ini Kahwini Dua Isteri Sekaligus, Jadi Tumpuan Netizen

12 Mar 2024 • 10:01 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki tersebut mengahwini dua orang pilihan hatinya sekaligus dalam satu majlis

Tular Lelaki Di Kuching Ini Kahwini Dua Isteri Sekaligus, Jadi Tumpuan Netizen. Tular sebuah kongsian gambar seorang lelaki Cina mengahwini dua wanita dalam satu majlis perkahwinan tular di media sosial, telah menarik perhatian ramai netizen.

Menurut sumber China Press, difahamkan bahawa pengantin lelaki tersebut berasal dari Kuching, Sarawak telah mengahwini dua orang sekaligus yang bertakhta di hatinya dalam satu majlis perkahwinan.

image is not available
Tular Lelaki Di Kuching Ini Kahwini Dua Isteri Sekaligus, Jadi Tumpuan Netizen

Gambar kahwin ini tular di media sosial

Berdasarkan gambar tersebut, kedua-dua isteri lelaki tersebut mengenakan gaun pengantin dan baju pengantin tradisional cina (Qungua).

Menerusi info di laman Facebook, pengantin lelaki tersebut (Lim Soo Kien) merupakan pemilik kedai Mi Kolok menikahi dua ratu hatinya (Ivy Ong dan Dewi Kartika). Majlis diadakan di sebuah restoran di Jln Simpang Tiga, Kuching malam tadi.

Difahamkan juga kedua-dua pengantin tersebut, seorang berbangsa Cina manakala seorang lagi bukan berbangsa Cina. Perkahwin lelaki Cina dengan dua isteri sekaligus memancing pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Walaupun ramai yang terkejut dengan perkara itu, ada juga yang meluahkan rasa cemburu serta mengucapkan tahniah kepada mereka bertiga atas perkahwinan baharu dan berharap hubungan mereka kekal bahagia untuk selama-lamanya.

Sebelum ini juga pernah tular lelaki di Kuching ini kongsi gambar kahwin bersama dua orang isterinya di media sosial: