Tular Lelaki Didakwa Selamba Kencing Ketika Turun Escalator Di MRT Titiwangsa [Video]

1 Jul 2026 • 10:48 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui sebagai negara yang sedang membangun kita perlu sentiasa mengutamakan kebersihan. Bahkan banyak tempat awam turut menyediakan tong sampah, surau serta tandas untuk digunakan oleh orang ramai.

Namun masih ada yang bersikap menjijikkan apabila dengan sengaja membuang air kecil di tempat awam selain boleh mengundang ketidakselesaan pengguna lain.

Lelaki didakwa warga asing buang air kecil di tempat awam

Terbaharu tular satu video memaparkan tindakan seorang lelaki yang dipercayai dengan sengaja membuang air kecil sewaktu berada di tempat awam.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Danish Afiq di Threads, awalnya kelihatan sekumpulan lelaki sedang menuruni sebuah escalator dipercayai di MRT Titiwangsa.

Keluar air daripada lelaki yang sedang menaiki escalator di MRT Titiwangsa

Dalam video berkenaan kelihatan salah seorang lelaki yang memakai baju hitam dan berseluar pendek mengangkat kaki sebelah kirinya. Namun jika diteliti kelihatan terdapat air yang keluar dari celahan seluar berkenaan yang dipercayai air kencing.

Walau bagaimanapun, reaksi lelaki itu turut dilihat bersahaja dan selamba seolah-olah tiada apa yang sedang berlaku.

Menurut Danish, dia melihat insiden terbabit sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja dan mendakwa lelaki tersebut dipercayai warga asing.

Kejadian berlaku ketika individu dalam perjalanan nak pergi kerja

“Baru nak pergi kerja ternampak warga asing kencing berdiri dan bersepah dalam MRT Titiwangsa,” ujarnya.

View on Threads

Ramai minta pihak berkuasa ambil tindakan

Melihat di ruangan balas, ramai yang berang dengan tindakan lelaki terbabit kerana ia akan menyebabkan kawasan tersebut berbau busuk dan hancing.

Tindakan lelaki tersebut turut disifatkan sebagai pengotor kerana membuang air kecil di kawasan tidak sepatutnya.

Malah ramai turut mempersoalkan tindakannya kerana hampir kesemua kawasan MRT turut menyediakan fasiliti seperti tandas untuk kegunaan ramai.

Bukan hanya itu, ramai yang meminta agar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut. Selain itu, ramai pengguna meminta individu yang merakam video tersebut membuat laporan kepada pihak Rapid KL agar tindakan boleh diambil.

Dalam ruangan komen sama, ada juga pengguna mendakwa pernah melihat insiden warga asing membuang air kecil di tepi jalan.

Ada juga mengatakan jika benar lelaki itu tidak dapat menahan daripada mahu terkencing dia seharusnya berlari untuk mencari tandas.

“Weh seriously? Sampai bila nak kena deal dengan orang macam ni? Pengotor”

Image from: Tular Lelaki Didakwa Selamba Kencing Ketika Turun Escalator Di MRT Titiwangsa [Video]

“Kau bagitahu polis bantuan dekat situ tak? Memandang kau pun ada video dia kencing tu. Lain kali cekak je leher baju dia, jerit panggil polis bantuan. Geli punya perangai”

Image from: Tular Lelaki Didakwa Selamba Kencing Ketika Turun Escalator Di MRT Titiwangsa [Video]

“MRT punya tandas punyalah bersih, itu pun susah ke? Pengoror dan menyusahkan orang”

Image from: Tular Lelaki Didakwa Selamba Kencing Ketika Turun Escalator Di MRT Titiwangsa [Video]
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved