
Semalam (16 April) tular di media sosial video rakaman seorang lelaki yang dikepung selepas disyaki mengintai seorang wanita yang sedang menggunakan tandas awam di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sentul.
Menerusi rakaman tersebut, suspek dikatakan menghendap wanita berkenaan dari bahagian siling tandas berkenaan.
Difahamkan mangsa pada mulanya sedang menggunakan tandas berkenaan kerana sakit perut sebelum menyedari kehadiran lelaki tersebut yang dalam keadaan mencurigakan.
Dia yang terkejut secara spontan menjerit meminta bantuan menyebabkan lelaki tersebut segera melarikan diri.
Difahamkan suspek mengintai mangsa dari atas dengan membuka bahagian siling namun dalam keadaan kakinya terjulur ke bawah.
@nad_nad1ah Abaikan suara Nad yg tengah dlm keadaan terkejut. Hari ni pengalaman paling nightmare untuk Nad. Pagi tadi lebih kurang pukul 8am, Seorang lelaki masuk tandas awam LRT Sentul dan menghendap dari atas. siap duduk atas beam dalam tandas. Tak ada CCTV, siling terbuka, langsung tak ada kawalan keselamatan. Lepas menjerit sekuat hati dia lari tapi dpt juga pakcuk jaga car park tu cekup dia. And selalu dia bernasib baik terlepas rupanya. Seriously tadi rasa menggigil satu badan. Dah halfway buat business baru terperasan siling atas tu terbuka. Prasarana, please take this seriously sebelum jadi kes lebih teruk. Perempuan lain, please be extra careful.Kita ingat tandas tempat paling “private”, tapi rupanya tak. Sampai sekarang masih terkejut. #prasarana #lrtsentul #viraltiktok ♬ original sound – N A D 🫶
Terbaharu polis mengesahkan suspek sudah pun berjaya ditahan.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni, suspek akan direman hari ini.
“Untuk makluman suspek sudah ditangkap dan akan direman esok (hari ini),” katanya dipetik Kosmo.





