
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Sebagai pemandu kenderaan atau penunggang motosikal, mereka perlulah cakna dengan lintasan belang (zebra crossing) berwarna putih atau kuning di jalan raya yang digunakan oleh pejalan kaki.
Tidak dinafikan, keutamaan seharusnya diberikan kepada pejalan kaki yang ingin menyebarangi jalan raya terlebih dahulu.
Bagaimanapun, pejalan kaki juga perlulah melihat keadaan di sekeliliing terlebih dahulu sebelum melintas terutamanya di kawasan yang tidak mempunyai zebra crossing bagi mengelak daripada berlaku kemalangan.
Tular lelaki nyaris dirempuh motosikal gara-gara melintas tak tengok kiri kanan
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan seorang lelaki melintas jalan secara melulu menyebabkan dia hampir dilanggar oleh sebuah motosikal.
Kejadian berkenaan berjaya dirakam melalui dashcam daripada sebuah kereta yang berada di tempat kejadian pada ketika itu.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @anthraxxxx, kelihatan jelas lelaki tersebut melintas tanpa melihat keadaan di sekeliling tatkala jalan raya sesak dengan kenderaan.
Mula-mula usap belakang badan, lepas itu tampar muka
Dalam video sama, kelihatan penunggang motosikal terbabit yang datang dari arah hadapan sempat berhenti secara mengejut dan nyaris melanggar lelaki itu.
Kelihatan lelaki itu pada awalnya mengusap-ngusap belakang badan penunggang terbabit sambil berkata sesuatu.
Namun, dia kemudiannya dilihat seakan sedang memarahi penunggang motosikal itu sambil menepuk-nepuk pipinya.
Meskipun tiada sebarang maklumat lanjut berhubung kejadian ini, ia dipercayai berlaku di sebuah kawasan jalan di Kota Kinabalu, Sabah.
— @ (@anthraxxxx) September 25, 2025
Ramai kecam tindakan lelaki tepuk muka rider
Penularan video terbabit di media sosial telah mendapat perhatian ramai di mana rata-rata mengecam tindakan lelaki tersebut yang melintas jalan tanpa berwaspada dengan keadaan di sekelilingnya.
Ramai berpendapat bahawa lelaki tersebut seharusnya melintasi jalan secara berhati-hati meskipun jalan raya sesak dengan memastikan tiada motosikal yang datang dari celahan kereta.
Hang lintas kat jalan yg takda garisan hang takleh marah pembonceng motorsikal. Hang yg salah bang.
— Bok Nam Prik Pla Koa 🇲🇾🇵🇸 (@GeboksKitchen) September 25, 2025
Cikgu ajar nak lintas jalan tengok kiri, pastu tengok kanan pastu tengok kiri balik. Dah selamat baru melintas. Yang abang goblok tu berapa kesalahan dia buat? Abaikan peraturan JPJ, Polis dan seerti
— azmin (@mh1426) September 26, 2025
dia yg lintas reckless eeeee mujur tak meninggal je la pakcik😭😭😭
— Mayrah🇵🇸 (@Maimonnn__) September 26, 2025
Baca Artikel Berkaitan: Babi Hutan Lintas Melulu Menyebabkan 2 Penunggang Motosikal Terjatuh [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Perempuan Parah, Dilanggar SUV Sewaktu Melintas Jalan Raya [Video]

