Tular Lelaki Terakam Entiti Seakan Bertanjak & Bersampin Ketika ‘Hiking’ [Video]

24 Jul 2025 • 3:26 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebanyakan orang pasti percaya dengan kewujudan makhluk halus seperti jin meskipun tidak dapat melihatnya di alam nyata.

Jin yang juga digelar hantu oleh sesetengah orang kebiasaannya hanya dapat dirasai kehadirannya secara ghaib tanpa boleh melihat bentuk fizikalnya.

Namun ia tidak mustahil untuk menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa sekiranya diizinkan Allah SWT.

Tular lelaki terakam entiti misteri ketika daki Bukit Jugra

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki yang dikenali sebagai Aizat Mohd Arshad mendakwa ada entiti misteri yang terakam di dalam kameranya ketika dia mendaki di Bukit Jugra, Banting.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, kelibat terbabit terlihat secara tidak sengaja semasa dia sedang merakam wajahnya yang sedang mendaki pada waktu pagi ketika hujan.

“Aku sahaja kot yang suka hiking waktu hujan? Pagi tadi solo naik bukit, aku saja rakam cari Kak Mala dekat depan, aku sorang dekat belakang, tiada sesiapa pun di belakang aku.

“Bila aku tengok balik video itu, ada seseorang dekat belakang aku, beberapa saat kemudian aku tengok balik video itu, takda sesiapa pun,” tulisnya di kapsyen.

Entiti misteri macam pendekar zaman dahulu?

Dalam rakaman tersebut, kelihatan seakan entiti misteri terbabit sedang memakai tanjak dan juga bersamping.

Pemakaian entiti misteri yang tidak kelihatan begitu jelas itu seperti seorang pendekar atau pahlawan pada zaman dahulu.

Lebih misteri lagi, apabila lelaki itu memusingkan semula kamera menghadapnya, entiti terbabit tidak lagi kelihatan, sebaliknya hanyalah ada seekor anjing sahaja yang seakan mengekorinya.

Tidak dapat dipastikan sama ada entiti misteri itu benar-benar penampakan makhlus halus atau sekadar manusia yang turut mendaki bukit berkenaan.

Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang dakwa itu hanyalah manusia biasa

Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat video terbabit.

Ada yang berpendapat bahawa entiti yang terakam di dalam rakaman itu sememangnya makhluk halus yang kemudiannya bertukar menjadi seekor anjing.

Namun, ada juga netizen yang berpendapat bahawa apa yang dilihat itu sememangnya manusia seperti seorang wanita yang memakai topi dan seluar legging.

image is not available

image is not available

image is not available

View Original Article