Tular Manchester United Titip Doa Buat Mangsa Banjir Tarik Perhatian Ramai

1 Dec 2024 • 1:23 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Manchester United kejutkan rakyat Malaysia dengan berdoa kepada mangsa banjir di Facebook dalam BM

Tular Manchester United Titip Doa Buat Mangsa Banjir Tarik Perhatian Ramai. Malaysia sedang berhadapan dengan banjir teruk yang disebabkan oleh monsun timur laut, dengan Kelantan merupakan antara negeri yang paling teruk terjejas.

Baru-baru ini, satu hantaran tular di media sosial mengenai Manchester United berkongsi mesej dalam bahasa Melayu, menyampaikan doa dan sokongan kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana tersebut.

image is not available
Tular Manchester United Titip Doa Buat Mangsa Banjir Tarik Perhatian Ramai. Sumber foto: Facebook rasmi Manchester United

“Kami sentiasa di belakang anda, rakyat Malaysia! Kepada mangsa banjir yang terjejas, semoga dapat mengatasi cabaran ini dengan lebih baik dan selamat,” menurut perkongsian di akaun media sosial rasmi Facebook Manchester United.

Hantaran tersebut menyentuh hati rakyat Malaysia, menunjukkan kepedulian kelab bola sepak itu terhadap perjuangan dan cabaran negara dalam tempoh sukar ini.

Hantaran itu bukan sahaja mendapat perhatian yang meluas dalam talian, malah turut mengangkat semangat mereka yang sedang berjuang menentang banjir.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada laman Facebook tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan: