Tular Myvi Rempuh Pengunjung Di Kea Farm, Pemandu Hilang Kawalan Kerana Diserang Sawan [Video]

LocalCars
16 Jun 2025 • 10:26 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan insiden kemalangan membabitkan sebuah kereta yang merempuh orang ramai di Kea Farm, Brinchang, Cameron Highland.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan, awalnya kelihatan orang ramai atau pengunjung berada di hadapan deretan kedai.

Tidak lama kemudian kelihatan orang ramai seperti berlari sebelum datang sebuah kereta Perodua Myvi berwarna merah meluru laju dan merempuh pengunjung yang dipercayai sedang membeli-belah di kawasan tersebut.

Dalam video CCTV , turut kelihatan orang ramai berkerumun pada kereta tersebut.

Pemandu hilang kawalan kerana mengalami serangan sawan

Terbaharu Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli turut mengesahkan mengenai insiden yang berlaku di Kea Farm sekitar jam 12 tengah hari, semalam (15 Jun).

“Siasatan awal polis mendapati pemandu yang dari arah Brinchang telah hilang kawalan dipercayai diserang penyakit sawan lalu terbabas masuh ke bahu jalan sebelah kiri dan melanggar beberapa orang pejalan kaki.

“Akibat kemalangan tersebut empat pejalan kaki mengalami kecederaan dan kesemua mangsa telah diberikan rawatan di hospital serta dibenarkan pulang oleh doktor yang merawat,” katanya.

Tiada rekod saman dan ujian air kencing negatif

Menurut Azri, hasil semakan yang dilakukan terhadap pemandu yang berusia 22 tahun berkenaan tiada sebarang rekod saman dan hasil ujian saringan awal air kencing juga negatif. Walau bagaimanapun, pemandu mempunyai rekod penyakit sawan.

“Saman telah dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Cameron Highlands kepada pemandu.

“Masyarakat juga dinasihatkan untuk tidak sesekali menularkan maklumat-maklumat yang tidak sahih.”

Mangsa yang terbabit adalah pengunjung tempatan yang merupakan seorang lelaki dewasa dan tiga orang kanak-kanak yang berusia 10, 8 dan juga 3 tahun.

“Semua mangsa cedera membabitkan lelaki berusia 24 tahun dan tiga kanak-kanak perempuan berusia antara dua hingga 10 tahun.

“Kesemuanya dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands untuk rawatan,” katanya dipetik Harian Metro.

Namun mangsa hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar, manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

Source: