
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Pada masa kini, media sosial sememangnya dilihat sebagai platform perhubungan dan penyampaian maklumat.
Bukan itu sahaja, ia juga menjadi medium individu untuk berkongsi insiden atau dan gelagat individu untuk dipertontonkan kepada umum.
Ada sahaja kisah atau kejadian sering mendapat perhatian dan menjadi bualan ramai.
Tular Anggota RELA Warga Emas Ditengking Seorang Lelaki
Contohnya seperti baru-baru ini, kecoh di media sosial insiden seorang lelaki menengking seorang anggota RELA.
Menerusi beberapa video tular, kelihatan lelaki berpakaian warna hitam itu dilihat menengking dan mengherdik anggota RELA yang merupakan seorang warga emas.
Ketika kejadian berlaku, anggota RELA berkenaan dilihat langsung tidak melawan dan dia dengan tenang bercakap kepada pemuda terbabit.
Namun, lelaki berkenaan berterusan menengking dan mengherdik warga emas itu sehingga ia terpaksa dileraikan oleh dua orang lagi individu sambil disaksikan oleh orang ramai yang turut berada di lokasi kejadian.
Video tersebut nyata menarik perhatian pengguna media sosial. Rata-rata berang dengan tindakan lelaki berkenaan yang menengking dan tidak menghormati orang tua.
Malah, majoriti menzahirkan rasa simpati terhadap warga emas berkenaan kerana diperlakukan sedemikian.
Walau bagaimanapun, tiada info lanjut mengenai lokasi dan bila kejadian itu berlaku.
View on Threads
Menteri KDN Minta Laporan Lengkap Berhubung Kejadian
Terbaharu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mengarahkan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk menyediakan laporan lengkap susulan insiden berkenaan.
Jelasnya, buat masa ini, beliau tidak boleh memberi sebarang kenyataan atau ulasan sehingga mendapat laporan daripada jabatan terbabit.
“Saya tidak akan membuat sebarang ulasan tergesa-gesa berhubung insiden berkenaan dan sudah meminta pengurusan RELA menyediakan laporan penuh bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian itu.
“Adakah ia satu insiden betul seperti tersiar itu sehingga wujud keadaan yang tidak elok seperti itu.
“Saya akan hanya beri kenyataan selepas memperoleh maklumat yang lebih menyeluruh,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvokesyen Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) 2025 di Dewan Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) semalam (5 November).
Baca Artikel Berkaitan: Video Anggota Rela Ketuk & Baling Objek Pada Kereta Langgar Lampu Merah Depan Sekolah Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Kes BMW Langgar Anggota Rela Selesai, Pemandu Akhirnya Mohon Maaf & Berdamai


