Tular Papan Iklan Gambar Prabowo Di Israel? Kementerian Tampil Beri Penjelasan

WorldPolitics
30 Sep 2025 • 5:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular di media sosial gambar papan iklan besar Abraham Shield Israel yang memaparkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bersama beberapa pemimpin dunia termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Menurut laporan Detikjogja, iklan itu turut menampilkan wajah Presiden Palestin Mahmoud Abbas serta beberapa pemimpin Arab sederhana dengan tulisan,

“Yes to Trump’s Plan GET IT DONE”.

image is not available

Satu lagi papan iklan pula memaparkan mesej,

“Mr. President, Israel stands by your plan. Seal the Deal”.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Indonesia, Yvonne Mewengkang menegaskan bahawa pendirian Indonesia dalam isu Palestin kekal tidak berubah.

“Indonesia tidak akan mengiktiraf atau menjalinkan hubungan normalisasi dengan Israel melalui Abraham Accords atau apa-apa saluran lain, kecuali mereka terlebih dahulu mengiktiraf negara Palestin yang merdeka dan berdaulat,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa Menteri Luar Negeri, Sugiono, sebelum ini sudah menegaskan perkara sama iaitu setiap rancangan berkaitan negara tersebut mesti bermula dengan pengiktirafan terhadap kemerdekaan Palestin.

image is not available

Dalam kenyataan di akaun X @AbrahamShield25, Pertubuhan Israel untuk Keselamatan Serantau mengesahkan merekalah yang melancarkan kempen papan iklan berkenaan.

Kumpulan itu terdiri daripada lebih 120 tokoh kanan dalam bidang keselamatan, dasar dan ekonomi negara tersebut.

Pertubuhan tersebut menegaskan bahawa cadangan Donald Trump merupakan langkah serius dan bertanggungjawab untuk menukar pencapaian ketenteraan kepada kejayaan diplomatik, selain mewujudkan realiti baharu di Gaza tanpa Hamas serta memperkukuh Perjanjian Abraham.

Sumber: Detikjogja

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved