Tular ‘Billboard’ Didakwa Wajah Presiden Indonesia Bersama Beberapa Pemimpin Dunia Di Israel, Ini Respon Kementerian Mereka

Entertainment
30 Sep 2025 • 12:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Heboh di platfrom X apabila tular beberapa foto yang didakwa memaparkan wajah Presiden Indonesia, Prabowo Subianto muncul dalam papan iklan bersama beberapa pemimpin dunia lain di kota Tel Aviv, Israel.

Dalam poster itu, Prabowo berdiri bersama dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, dan beberapa Pemimpin Negara Arab. Turut kelihatan ayat ‘Israel Says Yes to Trump Plan. GET IT DONE’ dalam poster terbabit.

Difahamkan, papan iklan itu dikeluarkan oleh Abraham Shield, sebuah kempen yang dilancarkan oleh The Israeli Coalition for Regional Security bagi menggesa kerajaan menyokong inisiatif Trump untuk menamatkan perang di Gaza.

image is not available

Perkara itu telah meraih pelbagai reaksi pengguna di platform berkenaan terutama dalam kalangan warganet Indonesia.

Difahamkan, papan iklan itu muncul selepas beberapa hari Prabowo menyampaikan pidatonya di sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diadakan baru-baru ini.

Kementerian Luar Negeri Indonesia bersuara

Memetik laporan Detik News, Kementerian Luar Negeri Indonesia menegaskan republik itu tidak akan mengiktiraf Israel jika Israel tidak mengiktiraf Palestin.

“Kedudukan Indonesia sangat jelas bahawa tidak ada pengakuan dan normalisasi dengan Israel, kecuali Israel terlebih dahulu mahu mengakui (mengiktiraf) Palestin sebagai negara yang merdeka dan berdaulat,” kata jurucakap Yvonnne Mewengkang.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab reaksi warganetnya mengenai foto tular papan iklan tersebut.

Sumber: Detik News

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved