
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Kumpulan nasyid terkenal, Inteam baru sahaja melangsungkan konsert mereka pada Ahad lalu (28 September) di Idealive Arena, Petaling Jaya.
Konsert Kasih Kekasih sempena 25 tahun penubuhan kumpulan itu telah berlangsung dengan sungguh meriah di mana kesemua tiket habis terjual.
Kebanyakan penonton yang hadir juga turut memuat naik di media sosial saat lagu-lagu kegemaraan mereka dinyanyikan seperti Kasih Kekasih, Impian Kasih, Setanggi Syurga sekali gus dapat mengubat rindu melihat Intem membuat persembahan secara langsung.

Tular pasangan datang konsert Inteam pakai baju pengantin
Bagaimanapun, sejak semalam, tular di media sosial pasangan suami isteri yang hadir ke konsert berkenaan lengkap dengan berpakaian pengantin serba putih.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @shirxh219, kelihatan mereka berdua turut menyanyikan lagu Kasih Kekasih sambil berpegangan tangan.
Difahamkan, tiket konsert Kasih Kekasih merupakan salah satu hadiah sempena hari jadi isteri kepada lelaki itu.
“Terima kasih encik suami untuk hadiah hari jadi yang sangat indah ini. Menghalalkan saya, menjadikan saya sebagai permaisuri hidup awak dan bawa saya ke konsert Inteam. Ingatkan main-main masa cakap hari itu,” tulis di kapsyen.
@shirxh219 Terima kasih Encik Suami untuk hadiah hari jadi yang sangat indah ni. Menghalalkan saya, menjadikan saya sebagai permaisuri hidup awak dan bawak ke konsert InTeam🤣. Ingatkan main-main masa cakap haritu😅 #inteam #inteam25tahun #inteamkasihkekasih #kasihkekasih #nikah ♬ original sound – Mrs. Potato 🥔
Pasangan nikah sehari sebelum konsert Inteam
Dalam pada itu, menerusi hantaran video di akaun TikTok @minazmy, difahamkan kedua-dua mempelai itu baru sahaja bernikah dipercayai pada Sabtu (27 September) iaitu sehari sebelum konsert berlangsung.
Menurut pasangan terbabit, mereka berdua memakai baju nikah sebagai lambang Kasih Kekasih seperti nama konsert berkenaan.
Difahamkan, lagu Siti Khadijah, Kasih Kekasih dan Setanggi Syurga merupakan antara lagu kegemaran mereka.
@minazmy Replying to @Mrs. Potato 🥔 Anyway MINAZ mengucapkan Selamat Pengantin Baru to both of you 🫶🏻✨ Sweet sangat husband bawa ke Konsert Kasih Kekasih sempena Hadiah Birthday 🥹🤍 #konsertkasihkekasih #concertinteam #minazxinteam #konsertkasihkekasih2025 #minaz ♬ original sound – MINAZ MY
Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang terus tak sabar nak kahwin
Sementara itu, melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi.
Ada segelintir pengguna TikTok yang menyatakan video pasangan itu menghadiri konsert Inteam menyebabkan diri mereka berasa tidak sabar untuk berkahwin.
Tidak kurang juga yang berseloroh menyatakan tindakan mereka itu menyebabkan para penonton yang datang berseorangan terasa seperti ‘single’.



