
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (1 Mei), kecoh di media sosial pergaduhan dua lelaki di kawasan tempat letak kereta di sebuah pusat beli belah Johor Bahru, Johor.
Menerusi video yang tular, berlaku pergelutan di antara pemandu kereta Toyota Vios berbaju biru dan Toyota Vellfire yang bernombor pendaftaran Singapura.
Apa yang menjadi perhatian adalah pergaduhan itu turut dihiasi dengan kata-kata makian dari pemandu kereta Toyota Vios dan ahli keluarganya.
Walau bagaimanapun, insiden berkenaan dapat dileraikan oleh seorang individu dan pemandu kereta Toyota Vellfire itu terus memarkir kenderaannya di tempat letak kereta yang kosong.
Penularan video tersebut mencetuskan perdebatan dengan rata-rata menyelar tindakan kedua-dua pemandu khususnya pemandu dari Singapura yang berbaju warna hijau itu.
Video yang berdurasi 40 saat itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial. Mengintai ke ruangan komen, ramai yang tertanya-tanya punca kejadian berkenaan.
Namun pada masa yang sama, ada yang mahu mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak. Ini kerana segelintir pengguna berpendapat mungkin ada kisah lain disebalik pergelutan yang berlaku itu.
Pergaduhan Dipercayai Kerana Provokasi & Keluar Kata-Kata Kesat
Terbaharu, seorang pengguna yang dipercayai anak kepada pemandu Toyota Vellfire berkenaan tampil berkongsi apa yang berlaku bagi pihak bapanya.
Jelasnya menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), bapanya pada mulanya mahu memarkir kereta di kawasan tempat letak kereta berkenaan.
Namun, pemandu kereta Toyota Vios yang dipercayai rakyat Malaysia itu telah membunyikan hon dan meminta bapanya untuk segera meletakkan kereta diikuti dengan kata-kata kesat yang lain.
Lebih mengejutkan, wanita berkenaan mendakwa pemandu Toyota Vios itu turut menjerit kepada bapanya malah cuba memukul.
“Ayah saya keluar daripada kereta dan bercakap baik kepadanya. Namun, dia masih berterusan menjerit kepada ayah saya.
“Ayah saya marah dan tolak lelaki itu ke kereta. Nasib baik kawan ayah saya bantu leraikan keadaan namun pemandu itu asyik bercakap perkataan yang tidak baik dalam bahasa Cina,” kongsinya lagi.
Dakwa Pemandu Vios Siap Panggil Polis & Putar Belit Cerita
Dakwa wanita itu lagi, walaupun bapanya telah memarkir kenderaan, pemandu kereta itu tetap melakukan provokasi dengan menghalang kereta bapanya di bahagian hadapan.
Walaupun telah diminta untuk mengalihkan kenderaannya, namun dia tetap berdegil dan enggan berbuat demikian.
“Kemudian, dia panggil polis dan bila polis sampai, dia sebarkan berita palsu kata bapa saya pukul mereka.
“Tetapi, bapa saya menolak dia kerana dia yang mulakan dahulu, jadi dia yang salah, harap semua faham,” kongsinya lagi.

Malah bagi menguatkan dakwaannya, wanita itu turut berkongsikan kenyataan dari seorang pengguna Facebook yang mengakui ada di tempat kejadian.
Jelas saksi tersebut, bapa wanita itu yang memandu kereta bernombor pendaftaran dari Singapura itu sedang menunggu parkir siap dengan signal namun pemandu Vios itu kelihatan tidak sabar dan mendakwa kereta Vellfire itu menghalang laluannya.
Namun, dia percaya pemandu kereta Toyota Vios itu telah melakukan sesuatu yang menguji kesabaran pemandu Toyota Vellfire berkenaan sehingga berlakunya insiden terbabit.

Laporan Dah Dibuat, Dua Pemandu Dilihat Bersalaman
Menerusi perkongsian lain, wanita itu mendedahkan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor berhubung kejadian berkenaan.

Isu Sudah Selesai – Anak Pemandu Vellfire
Dalam satu lagi perkongsian berbeza, kelihatan pemandu berkenaan seperti sudah berdamai berdasarkan foto kedua-duanya dilihat saling bersalaman.
“Selesai. Terima kasih kepada yang memberi sokongan dan mendengar cerita kedua-dua belah pihak,” tulisnya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Polis Siasat Dua Pemandu Bergaduh Sambil Rakam Video Di Lebuh Raya [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Didakwa Cop Parking Berang ‘Tempatnya’ Diambil Pemandu Lain [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Polis Cekup Pemandu Proton Saga Tunjuk Lagak Samseng Di Pulau Pinang [Video]
Source:



![“Please Buat Report” – Ramai Geram Lihat Lelaki Sengaja Tendang Kucing Masuk Longkang [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)
![[VIDEO] “Berani Kerana Benar!” – Pertama Kali KPDN Buat Serbuan Tak Jumpa Salah, Siap Dapat Pujian Lagi!](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
