Tular Penampakan Orang Utan Melintas Jalan Di Lahad Datu Raih Perhatian Ramai

12 Nov 2024 • 11:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penampakan Orang Utan Di Pusat Penyelidikan MPOB Tular di Media Sosial

Tular Penampakan Orang Utan Melintas Jalan Di Lahad Datu Raih Perhatian Ramai. Baru-baru ini, satu hantaran tular di media sosial mengenai Orang Utan terlihat sedang berjalan-jalan berdekatan dengan Pusat Penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Jalan Tengah Nipah di Lahad Datu, Sabah.

Menurut laporan media tempatan, video berdurasi 25 saat itu menunjukkan seekor Orang Utan jantan sedang menyeberangi jalan.

image is not available
Tular Penampakan Orang Utan Melintas Jalan Di Lahad Datu Raih Perhatian Ramai

MPOB melalui laman Facebook mereka menyatakan bahawa Orang Utan itu sedang berjalan dari pusat pemulihan mereka yang terletak di tengah-tengah pusat penyelidikan MPOB.

Untuk makluman, Pusat Pemulihan Orang Utan di bawah penyeliaan Unit Kelestarian, Perubahan Iklim dan Kebolehragaman Biologi MPOB telah dikembangkan bersama dengan Borneo Rhino Alliance (BORA) untuk tujuan penyelidikan dalam memelihara dan memulihara populasi spesies ini di habitat semula jadi mereka.

Sementara itu, Pegawai Hidupan Liar Lahad Datu, Hairulnizam Hasnan @ Magiol, apabila dihubungi, mengingatkan orang ramai supaya tidak menghampiri sebarang hidupan liar.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan kisah tular memerang yang melintas landasan KKIA dan menyerang wanita semasa berjogging: