“Esok tambah lagi 10 kg Ayam” – Peniaga Mi Segera Syukur Dikecam, Jualan 200 Bekas ‘Sold Out’

Entertainment
12 Nov 2024 • 12:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan orang ramai sanggup beratur demi semangkuk mi bernilai di antara RM8-RM15 dijual di Setiawangsa. Ia mengundang kecaman netizen kerana ramai menganggap harga itu tidak masuk akal bagi mi segera.

Malah ada juga yang turut mempertikaikan cara penyediaan menu tersebut dengan merebus mi itu mengunakan air rebusan yang sama berulang kali. Walau bagaimanapun, ada juga yang mengatakan topping yang digunakan peniaga membuatkan ramai yang tertarik dengan menu itu.

Terpanggil dengan kecaman tersebut, peniaga mi segera itu berkata, dia berterima kasih kepada mana-mana pihak yang mengecam dirinya dan kecaman itu telah membuatkan mi segeranya laris dan habis dijual.

“Haa nak tunggu apa lagi sold out, terima kasih kepada yang kecam tu eh? Datang esok kita tambah lagi 10 kilo ayam.”

Kata-kata daripada peniaga ini telah membuatkan ramai netizen kurang senang dan ia sekali lagi mengundang kecaman.

image is not available image is not available image is not available

image is not available

Mungkin sebab dia ada specialty tersendiri yang menyebabkan orang suka datang kat kedai dia. Ada yang pernah rasa ke?

Sumber: :X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.