Subsidi Bersasar RON95: Alat Khas Diguna Untuk Kenal Pasti Layak Atau Tidak

LocalPolitics
19 Sep 2025 • 2:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tular pula satu alat baharu untuk mengenal pasti kelayakan pengguna memperolehi subsidi bersasar petrol RON95. Penggunaan alat itu kini tular di media sosial.

Video berdurasi 1 minit 13 saat itu memaparkan sesi latihan yang diberikan pembekal kepada operator stesen minyak mengenai cara penggunaan mesin berkenaan.

Menerusi rakaman tersebut, mesin itu berfungsi mengimbas MyKad pengguna untuk menentukan kelayakan mereka menikmati harga subsidi.

Paparan skrin akan menunjukkan warna biru sekiranya pelanggan layak, merah jika kuota subsidi telah habis, manakala ralat dipaparkan bagi yang tidak layak.

Selain menyemak kelayakan, alat itu juga membolehkan operator mencipta pesanan berdasarkan pam digunakan pelanggan, mengesahkan jumlah isian serta mengeluarkan resit bagi tujuan semakan dan pembayaran.

Kerajaan sebelum ini mengesahkan pelaksanaan subsidi RON95 secara bersasar dengan harga disasarkan RM1.99 seliter kepada rakyat Malaysia yang layak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved