Tular ‘Podcast’ Wanita Dipaksa Jadi Pelacur Kerana Bapa Berhutang, Rupanya Hanya Reka Cerita! Akan Didakwa Di Mahkamah

LocalEntertainment
24 Oct 2024 • 3:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular pendedahan seorang wanita menerusi podcast bahawa dia telah dipaksa menjadi pelacur gara-gara bapanya berhutang dengan sindiket pinjaman wang tidak berlesen di Pulau Pinang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake mengesahkan bahawa kisah tersebut adalah tidak benar dan direka oleh wanita itu.

Tambahnya, tindakan tersebut dianggap tidak bertanggungjawab dan telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Wanita tersebut akan didakwa di mahkamah esok dan pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan. Video tersebut telah dipadam oleh individu yang memuat naik kandungan tersebut di laman sosial (TikTok).

image is not available

Terdahulu, video podcast itu tular di TikTok di mana wanita berusia 26 tahun tersebut telah menghubungi pengendali podcast dan mendakwa telah dipaksa menjadi pelacur sejak Februari lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

Jemput Bekas Banduan Kes Bunuh Kerat 8 Jadi Tetamu, Shuib & Geng Dol’s Podcast Dikritik Warganet