Wanita Menipu Jadi Pelacur Untuk Bayar Hutang Ayah Didakwa Di Mahkamah Esok

LocalPolitics
24 Oct 2024 • 3:35 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ah long

Seorang wanita kantoi hanya mereka-reka cerita kononnya dipaksa menjadi pelacur untuk membayar hutang ah long bapa.

Difahamkan, wanita terbabit membuat luahan di program wawancara langsung di TikTok yang dikendalikan beberapa hos.

Muncul di podcast menipu kononnya dipaksa jadi pelacur

image is not available

Mangsa yang dikenali sebagai Isha mendakwa bapanya sudah bercerai dengan ibu dan berhutang RM20,000 dengan ah long.

Bapanya dikatakan gagal membayar hutang menyebabkan dia terpaksa bekerja di ‘rumah merah’ di Pulau Pinang sebagai perempuan simpanan tanpa diberi gaji.

Susulan itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan dan mendapati dakwaan tidak benar dan tidak pernah berlaku.

image is not available

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, wanita berkenaan mereka-reka cerita sekadar untuk meluahkan perasaan. Wanita itu dikesan berada dalam keadaan selamat di sebuah rumah di Seberang Perai Utara.

Hasil siasatan juga mendapati wanita berkenaan menghubungi program di TikTok itu pada 26 Julai lalu. Hos yang mengendalikan wawancara itu turut membuat satu laporan polis berkaitan panggilan terbabit.

Terbaru, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake memaklumkan wanita berkenaan akan didakwa di Mahkamah Majistret Georgetown esok.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro | Kosmo