Tular Rakaman Lelaki Dikerumuni Lebih Dari 6 Ekor Anjing Liar Di Kajang [Video]

18 Nov 2026 • 4:09 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bila sebut tentang anjing liar, pasti sudah terbayang karakter segelintir darinya yang ganas dan agresif.

Malah, ada di antara mereka yang dilihat berani menyerang manusia lebih-lebih lagi apabila bergerak dalam kumpulan.

Individu Dikerumuni & Diserang Lebih 6 Ekor Anjing Liar

Itulah yang dialami oleh seorang lelaki apabila dia dikerumuni dan dikelilingi oleh sekumpulan anjing liar.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Threads, kelihatan kumpulan anjing berkenaan sedang menyalak dengan agresif ke arah individu terbabit.

Ketika detik mencemaskan itu, mangsa dilihat cuba mempertahankan dirinya menggunakan kaki dengan menghalau haiwan berkenaan.

Difahamkan anggaran sebanyak enam hingga tujuh ekor anjing yang dilihat mengerumuni lelaki terbabit.

Pengguna Dakwa Mangsa Dikejar Ketika Sedang Jogging, Dah Buat Laporan Pada MPKJ

Dakwa pengguna Threads berkenaan, kejadian itu berlaku pada malam tadi (17 November) di kediamannya yang terletak di Setia Alamsari, Kajang.

Dia juga turut mendakwa laporan berhubung isu anjing liar telah dibuat kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan ahli majlis.

“Kejadian malam tadi, berdekatan taman kami, Setia Alamsari. Mangsa sedang jogging, dikejar dan dikepung oleh enam hingga tujuh ekor anjing. Report kepada MPKJ dan Ahli Majlis telah dibuat,” tulisnya.

Image from: Tular Rakaman Lelaki Dikerumuni Lebih Dari 6 Ekor Anjing Liar Di Kajang [Video]

Lokasi Insiden Merupakan Tempat Tumpuan Kanak-Kanak

Jelasnya lagi, kawasan itu juga merupakan kawasan permainan yang sering menjadi tumpuan kanak-kanak untuk bermain.

“Kawasan tersebut merupakan kawasan permainan kanak-kanak pada setiap hari.

“Alhamdulillah pada masa kejadian tiada kanak-kanak yang sedang bermain di situ,” tulisnya.

Image from: Tular Rakaman Lelaki Dikerumuni Lebih Dari 6 Ekor Anjing Liar Di Kajang [Video]

Pengguna Lain Turut Berkongsi Kejadian Sama, Dakwa MPKJ Tidak Jumpa Anjing

Kejadian sama turut dikongsikan oleh seorang lagi pengguna di Threads @ilyanabasmullah.

Dia menyeru agar MPKJ untuk segera menangkap haiwan berkenaan yang telah mengganggu penduduk setempat.

Namun dakwanya, MPKJ telah memberi balasan bahawa anjing-anjing tesebut belum ditemui.

“Mohon pihak MPKJ untuk segera menangkap anjing-anjing liar yang berkeliaran di sekitar Casa Residence, Alamsari Kajang.

“Banyak aduan telah dibuat. Namun, pihak MPKJ memberi feedback bahawa anjing-anjing tidak ditemui.

“Ini memberi gangguan keselamatan yang serius kepada penduduk setempat. Terima kasih,” tulisnya.

Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh MPKJ berhubung kejadian itu.

View on Threads

Warganet Zahir Rasa Bimbang Lihat Lelaki Dikejar & Dikerumuni Anjing

Perkongsian yang telah mendapat lebih 432,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Ramai yang menzahirkan rasa risau sebaik melihat pemuda berkenaan dikerumuni sekumpulan anjing.

Malah, ada pengguna yang berasal dari kawasan sama turut berkongsi pengalaman mereka bertemu sekumpulan anjing liar.

Pada masa sama, ramai yang mahu pihak berkaitan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini dari berlaku.

Ini antara komen pengguna Threads:

“Banyaknya! Kesian Dekat Member”

Image from: Tular Rakaman Lelaki Dikerumuni Lebih Dari 6 Ekor Anjing Liar Di Kajang [Video]

“Anjing Ni Macam Gangster. Kalau Dia Seekor Je Dia Tak Berani Kacau Orang”

Image from: Tular Rakaman Lelaki Dikerumuni Lebih Dari 6 Ekor Anjing Liar Di Kajang [Video]

“Kenapa Perlunya Pemandulan Anjing Terbiar, Salah 1 Sebab Seperti Kejadian Seperti Ini”

Image from: Tular Rakaman Lelaki Dikerumuni Lebih Dari 6 Ekor Anjing Liar Di Kajang [Video]

“Salah Satu Mangsa Yang Kena Kejar Juga, 4 Ekor. Padahal Tengah Joging”

Image from: Tular Rakaman Lelaki Dikerumuni Lebih Dari 6 Ekor Anjing Liar Di Kajang [Video]

“Banyaknya! Semoga Pihak Cepat-Cepatla Pihak Berkuasa Ambil Tindakan”

Image from: Tular Rakaman Lelaki Dikerumuni Lebih Dari 6 Ekor Anjing Liar Di Kajang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Isu Anjing Liar Berpunca Daripada Kegagalan Kerajaan Urus Pembuangan, Pembiakan & Pelesenan Haiwan – Aktivis

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Pantas Rider Food Panda Bantu Kanak-Kanak Terjatuh Selepas Dikejar 3 Anjing Liar Raih Pujian [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved