Tular Rakaman Lelaki Mengamuk Tunjuk Samseng Dan Pecah Cermin Kereta Di Miri

8 Jan 2023 • 8:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tunjuk lagak samseng sambil pecah cermin kereta

Tular Rakaman Lelaki Mengamuk Tunjuk Samseng Dan Pecah Cermin Kereta Di Miri. Terbaru, tular rakaman sebuah video di Facebook memaparkan suasana kecoh apabila seorang lelaki tiba-tiba mengamuk sehingga menimbulkan kegusaran orang ramai.

image is not available
Tular Rakaman Lelaki Mengamuk Tunjuk Samseng Dan Pecah Cermin Kereta Di Miri. Kredit: Kick Lai Liao

Menerusi video tersebut dilihat lelaki itu telah menimbulkan kekacauan di tempat awam dengan mengamuk sambil sengaja memecahkan cermin kereta.

Kenderaan jenis Honda Civic rosak teruk

Beliau dilihat bertindak ganas dengan sengaja menghancurkan cermin kereta jenis Honda Civic yang difahamkan kepunyaan salah seorang kenalan suspek dengan menggunakan objek keras.

Dalam video tersebut juga, aksi beliau yang lagak seperti seorang samseng turut menjadi perhatian netizen. Berdasarkan video tersebut, beliau dilihat mengamuk di ruangan parkir tanpa mengenakan baju beliau.

image is not available

Dalam pada itu, seorang lagi kenalan suspek dilihat bertindak luar kawalan dengan sengaja menendang dan menyepak kereta tersebut.

Keadaan kereta itu dilihat rosak teruk akibat tindakan kurang waras daripada individu tersebut.

Punca masih belum dikenal pasti

Difahamkan, kejadian amukan itu berlaku di Parkson,Bintang Megamall Miri.

image is not available

Punca pergaduhan tersebut masih belum diketahui.

Untuk info, kedua-dua suspek telah pun ditangkap pihak polis untuk siasatan lanjut.

Baca lagi artikel terkini di sini: