Tular Rakaman MPV Polis Berhenti Di Restoran Mamak, PDRM Buka Siasatan

LocalPolitics
6 Mar 2026 • 10:45 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis mengesahkan sedang menyiasat satu rakaman video tular yang memaparkan sebuah kereta peronda polis atau Mobile Patrol Vehicle (MPV) berhenti di sebuah restoran mamak di Sungai Buloh.

Pekerja restoran mamak hulur plastik

Menerusi kenyataan daripada Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor, pihaknya mengesan rakaman video berkenaan di media sosial kira-kira jam 7.50 petang semalam.

image is not available

MPV Polis lalu di deretan kedai

Menurut beliau, video berdurasi 12 saat itu menunjukkan sebuah MPV milik Polis Diraja Malaysia melalui laluan di tengah deretan kedai sebelum berhenti di sebuah restoran mamak.

“Berikutan daripada rakaman video tersebut, mendapati pekerja restoran mamak telah menghampiri kenderaan MPV.
“Kemudian pekerja restoran mamak telah memberikan dua bungkusan plastik berwarna putih kepada pemandu MPV,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

image is not available

Beliau berkata, pihaknya mengesahkan bahawa kejadian berkenaan membabitkan MPV milik Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh.

“Perkara ini akan disiasat dan tindakan tegas akan diambil pada mana-mana anggota dan pegawai yang terlibat.
“Pihak IPD Sungai Buloh tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota dan pegawai yang membuat salah laku yang boleh menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

image is not available

Artikel lain: Wanita Mohon Maaf Selepas Tular ‘Live’ Didakwa Tidak Berpuasa

Dalam pada itu, Mohd Hafiz turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau andaian tidak berasas yang boleh mencemarkan imej pasukan polis.

Terdahulu, rakaman video tersebut tular di media sosial memaparkan sebuah MPV polis melalui laluan tengah deretan kedai sebelum berhenti di sebuah restoran mamak, dipercayai berlaku pada bulan Ramadan.

Sumber: Facebook Polis Daerah Sungai Buloh

The post Tular Rakaman MPV Polis Berhenti Di Restoran Mamak, PDRM Buka Siasatan appeared first on Borak Daily.