Tular Ramalan Berlaku Gempa Bumi Di Sabah Sarawak Di Tiktok, Met Malaysia Tepis Dakwaan Netizen

16 Feb 2023 • 9:53 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Met Malaysia sangkal dakwaan netizen

Tular Ramalan Berlaku Gempa Bumi Di Sabah Sarawak Di Tiktok, Met Malaysia Tepis Dakwaan Netizen. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan tiada kejadian gempa bumi di Sabah dan Sarawak pada Isnin lepas dan semalam.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memberitahu pemantauan aktiviti seismik dan kejadian gempa bumi berterusan 24 jam sehari yang dijalankan jabatan itu tidak mengesan sebarang kejadian gempa bumi, seperti yang didakwa dalam sebuah video yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.

image is not available
Tular Ramalan Berlaku Gempa Bumi Di Sabah Sarawak Di Tiktok, Met Malaysia Tepis Dakwaan Netizen. Kredit: Astro Awani

Tular di tiktok

Oleh itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai tidak panik dengan video tular itu sebaliknya merujuk kepada sumber yang sahih.

Maklumat gempa bumi boleh dirujuk di semua laman media sosial MetMalaysia serta laman web rasmi di pautan www.mygempa.met.gov.my

image is not available

Terdahulu, tular sebuah video menerusi aplikasi TikTok mendakwa potensi berlakunya gempa bumi di Sabah dan Sarawak pada 13 dan 14 Feb.

MetMalaysia dalam kenyataan sama turut memaklumkan sehingga kini tiada peralatan dan kaedah saintifik yang terbukti secara sahih dapat meramalkan kejadian gempa bumi sama ada bermagnitud kecil atau besar.

Baca artikel terkini: