Tular Semula Video Along Eyzendy Dedah Derita Sakit Buah Pinggang Tahap Akhir, Mengaku Selalu Ambil Pain Killer

LocalHealth & Fitness
8 Feb 2026 • 3:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Selepas beberapa hari bertarung nyawa, pelakon berbakat, Along Eyzendy disahkan menghembuskan nafas terakhir di samping keluarga kira-kira jam 12.16 malam tadi.

BACA: (Al-Fatihah) Pelakon Along Eyzendy Meninggal Dunia

Pemergian Allahyarham meninggalkan kesan mendalam terutama kepada rakan industri dan peminat drama serta filem tempatan.

Along cerita mengenai penyakit buah pinggang tahap akhir

Di Thread, tular semula rakaman video memaparkan temubual Allahyarham mengenai penyakit yang dihadapinya.

Menurut Along, dia mendapat tahu menghidap penyakit buah pinggang tahap akhir ketika membuat ujian saringan kesihatan sempena ulang tahun kelahiran.

View on Threads

Pelakon ini tidak menyangka menghidap penyakit serius di mana kedua-dua buah pinggangnya tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

Doktor bagitahu buah pinggang ni ada tahap satu sampai tahap lima. Tahap satu, dua dan tiga boleh control lagi, boleh cari ubat atau suplemen yang boleh baikkan semula. Tapi bila dah masuk tahap 3 nak masuk tahap 4, dah tak ada ubat.

Along berkata lagi, ketika itu dia mendapat tahu sakitnya sudah sampai tahap empat nak memasuki tahap lima.

Doktor meminta Along bersedia untuk rawatan seterusnya iaitu dialisis. Pada masa yang sama, Along berkata, punca utama penyakit itu boleh jadi disebabkan faktor genetik keluarga yang menghidap kencing manis dan darah tinggi.

Saya ada habit bila sakit je ambil pain killer. Sebab dulu masa job back to back, memang banyak job dulu waktu muda-muda. Saya tak boleh sakit, kalau sakit runsing sebab tak boleh buat kerja. Ubat dia pain killer, terus segar.

Katanya, kedua-dua belah buah pinggangnya hanya berfungsi hanya 17 peratus. Selang dua bulan kemudian, Along menjalani rawatan dialisis seminggu 3 kali, empat jam sehari.

Tonton video penuh di sini:

Pssttt! Pemergian Along Eyzendy bukan sahaja menyedihkan, tetapi turut menyedarkan kita semua tentang kepentingan menjaga kesihatan sejak awal. Al-Fatihah buat Allahyarham.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Tular Semula Video Along Eyzendy Dedah Derita Sakit Buah Pinggang Tahap Akhir, Mengaku Selalu Ambil Pain Killer appeared first on Oh! Media.