
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tindakan mengasari mana-mana individu khususnya wanita dan kanak-kanak adalah satu perbuatan yang tidak patut dan wajar dikecam. Malah ia juga menyalahi undang-undang dan boleh didakwa.
Ramai geram tindakan penumpang lelaki kasari isteri dalam kenderaan e-hailing
Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan tindakan tak bertanggungjawab seorang lelaki yang juga suami secara tiba-tiba mengasari isterinya sewaktu berada di dalam kenderaan e-hailing.
Menerusi video tular itu, awalnya kelihatan pasangan suami isteri bersama seorang anak kecil telah menaiki kereta e-hailing.
Awalnya bertengkar mulut kerana tiada duit kecil untuk ditukarkan bayar kos e-hailing
Namun sebaik sampai di destinasi berlaku pertengkaran apabila pemandu e-hailing tersebut memaklumkan dia tidak mempunyai duit kecil untuk diberikan sebagai baki selepas penumpang lelaki berkenaan menjelaskan dia hanya mempunyai wang kertas RM50.
Difahamkan jumlah bagi kos pengangkutan e-hailing yang perlu dibayar oleh penumpang terbabit adalah RM7.
Ekoran itu pemandu berkenaan bertanya sekiranya pembayaran boleh dilakukan menerusi transaksi pemindahan wang menggunakan aplikasi TouchNGo (TnG). Namun penumpang itu mengtakan wangnya tidak cukup.
Pemandu minta penumpang bersiap-sedia ada duit kecil untuk tukar apabila naik e-hailing
Pemandu e-hailing tersebut meleteri penumpang berkenaan dan menegaskan dia perlu bersiap sedia dengan wang kecil apabila menaiki kenderaan e-hailing.
Perkara itu kemudiannya membuatkan situasi menjadi tegang apabila penumpang berkenaan merasakan pemandu terbabit yang sepatutnya bersedia mempunyai duit kecil untuk ditukar dengan pelanggan.
Malah penumpang itu merasakan pemandu e-hailing itu seperti memarahinya. Masalah itu kemudiannya menyebabkan berlaku perbalahan ‘mulut’ di antara mereka sehingga penumpang tersebut mengatakan dia tidak mahu membuat pembayaran.
Pemandu minta tak perlu bayar, sebelum penumpang kasari isteri ketika cuba redakan keadaan
Enggan memanjangkan isu, pemandu e-hailing kemudian memberitahu mereka tidak perlu membuat pembayaran.
Dalam masa sama, kelihatan si isteri mahu keluar dari kenderaan sambil cuba meredakan suaminya yang dilihat sudah mula berang.
Namun lelaki itu secara tiba-tiba mengeluarkan kata kesat kepada isterinya dan mengasari wanita terbabit. Melihat perkara itu, pemandu e-hailing lalu menegur tindakannya.
Penumpang dan pemandu saling meninggikan suara antara satu sama lain
Penumpang itu kemudian meninggikan suara ke arah pemandu berkenaan sebelum wanita berkenaan memohon maaf atas insiden berlaku.
Susulan itu, pemandu e-hailing keluar daripada kenderaan dan menjerit meminta lelaki turun dari kenderaannya dan mereka saling meninggikan suara antara satu sama lain.
Bahkan turut kedengaran suara pemandu mengatakan isteri penumpang berkenaan tidak bersalah dalam hal berkenaan.
Pemandu e-hailing tersebut turut meminta penumpang berkenaan beredar, dan pergi ke arah kenderaannya untuk menutup kedua belah pintu di bahagian penumpang.
Insiden itu dipercayai berlaku sekitar jam 2.44 petang pada 27 Mei lalu di Seremban, Negeri Sembilan.
Ramai geram lihat tindakan penumpang lelaki kasari isteri dan beri kata-kata kesat
Melihat di ruangan komen, ramai yang berasa geram dengan tindakan penumpang lelaki berkenaan secara tiba-tiba mahu mengasari isterinya.
Bahkan ada yang berterima kasih kepada pemandu tersebut kerana dia dilihat cuba melindungi wanita berkenaan daripada menjadi mangsa kekerasan.
Ada berpendapat pemandu e-hailing itu sepatutnya bersedia dengan duit kecil
Walau bagaimanapun, ada juga pengguna media sosial menyalahkan pemandu e-hailing terbabit kerana dia perlu bersiap-sedia dengan duit kecil sebagai pertukaran dengan penumpang.
Ini kerana dia menjalankan urus niaga yang memerlukan pertukaran duit dan tidak boleh menyangka semua orang mempunyai duit kecil.
Namun ada yang berpendapat aplikasi e-hailing kebiasaannya telah memberikan notifikasi awal kepada penumpang untuk menyediakan wang kecil untuk membuat pembayaran. Ini bertujuan mengelakkan pemandu membawa wang tunai banyak yang boleh merisikokan kes jenayah dan sebagainya.
Ada juga berpendapat penumpang lelaki yang mengasari isterinya itu adalah warga asing.
“Salah, aplikasi e-hailing awal-awal dah bagi notifikasi suruh sediakan duit cukup-cukup. Kau janganlah samakan pemandu dengan kedai. Pemandu tu jalan merata, risiko nak kena samun tu besar.”

“Macam tak sesuai lah nak mencarut bahasa Melayu. Tolong eh, intonasi tak kena”

“Wahai bini. Baik pergi je dari jantan ni. Dia tak ada apa-apa untuk diperjuangkan. Dahlah miskin, baran, suka naik tangan.”

“Kalau ikut aku. Yang salah pemandu tu. Dia yang salah awalnya. Kau pemandu e-hailing, kau sedialah duit kecil. Orang tu tak ada duit kecil. Kau marah pula. Paksa suruh bagi RM10. Lepas tu dia provoke lagi kalau saya ambil je duit RM50 tu boleh tak?”




