Tular Surat Layang Tentang Isu Gangguan Seksual Di HRPB Ipoh, Jabatan Kesihatan Negeri Perak Keluar Kenyataan Rasmi

16 Mar 2024 • 1:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini tular tentang penemuan surat layang yang ditemui di kawasan parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh di mana surat layang itu mendedahkan tentang isu gangguan seksual yang dilakukan oleh seorang doktor senior yang berkhidmat di hospital tersebut kepada doktor-doktor HO di hospital yang sama.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, surat layang yang mendedahkan tentang isu gangguan seksual tersebut telah ditujukan kepada pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun agar tindakan lanjut akan diambil.

image is not available

Dalam surat layang tersebut, mangsa-mangsa gangguan seksual tersebut turut mendedahkan bahawa doktor yang melakukan gangguan seksual itu sering mengganggu tugasan doktor-doktor yang menjadi mangsa.

Doktor berkenaan juga dikatakan telah mengugut doktor-doktor housemen berkenaan untuk memanjangkan tempoh tagging dan latihan mereka walaupun tidak diberi kuasa untuk mengawasi mereka.

Doktor tersebut juga didakwa menggunakan taktik itu untuk menakutkan mangsa dan menggunakan kesempatan itu untuk menganggu doktor housemen perempuan secara seksual.

Isu surat layang yang mengadu tentang isu gangguan seksual di hospital tersebut telah mendapat perhatian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pihak KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Perak tengah hari tadi mengesahkan bahawa pihak mereka telah menerima surat layang tersebut melalui pos pada Khamis, 28 Februari lalu.

Pihak JKN Perak kemudiannya telah menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas pada 29 Februari yang dianggotai daripada pegawai-pegawai yang turut dilantk oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM.

Kes tersebut kini sedang disiasat dengan pengumpulan bukti-bukti.

Sumber: X , KKM

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.