Tular Tengking & Halang Tugas Anggota RELA, Lelaki Ditahan Polis

LocalPolitics
6 Nov 2025 • 4:17 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Sebelum ini tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki bertindak memarahi seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sewaktu berada di kawasan dipercayai stesen bas.

Dalam video berkenaan, kedengaran lelaki terbabit menengking anggota Rela tersebut sehingga meraih perhatian orang ramai yang berada di kawasan itu.

Satu lagi video membabitkan individu sama turut tular di Facebook menunjukkan lelaki itu memarahi anggota tersebut sehingga orang yang berada di kawasan berkenaan terpaksa menegur tindakannya.

@cyberjayaviral

Punca kejadian tegang berlaku belum dikenalpasti namun benda boleh bincang dengan elok tak perlu nak tinggi suara #rela

♬ original sound – Cyberjayaviral – Cyberjayaviral

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Pak Cik RELA Ditengking, Menteri KDN Minta Laporan Lengkap [Video]

Tular tengking anggota RELA, lelaki ditahan polis

Terbaharu polis telah menahan lelaki berkenaan selepas didapati menghalang anggota Rela yang sedang melakukan tugas di Terminal Bas Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru pada 5 November.

Jelas Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat polis mengesan video itu di media sosial yang memaparkan insiden berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku jam 11.13 pagi pada Selasa (4 November) lalu setelah polis menerima laporan daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pembantu keselamatan.

“Lelaki tersebut memaklumkan kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham antara anggota Rela yang sedang bertugas dengan suspek.

“Pengadu yang cuba meleraikan pergaduhan itu telah ditepis di bahu kiri oleh suspek, namun tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya, lapor Sinar Harian.

Suspek ada rekod lampau

Katanya lagi, bertindak atas maklumat pihak polis kemudiannya berjaya menahan suspek yang berusia 31 tahun itu.

Menurut Raub, hasil semakan yang dilakukan mendapati suspek memiliki satu rekod lampau. Namun ujian saringan urin didapati negatif dadah.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat pada Khamis di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.”