Tular Tolong Hantar Ke Hospital, Gadis Kongsi Momen Bertemu Semula Dengan Pakcik Grab

26 Nov 2025 • 11:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tular Tolong Hantar Ke Hospital, Gadis Kongsi Momen Bertemu Semula Dengan Pakcik Grab

Rezeki datang dalam pelbagai cara dan ditemukan dengan orang-orang yang baik juga merupakan satu rezeki yang perlu kita syukuri.

Sebelum ini, tular satu kisah yang dikongsikan oleh seorang gadis mengenai kebaikan hati pemandu e-hailing yang membantu membawanya ke hospital ketika sakit.

Berjauhan dari keluarga dan tidak mempunyai duit yang cukup, kebaikan pemandu warga emas itu menyentuh hatinya. Malah, dia juga mendapat duit belanja daripada pemandu tersebut.

image is not available

Menerusi perkongsian terbaru @mirzahiraa di Threads, gadis itu teruja apabila dapat bertemu semula dengan pemandu tersebut.

Namun, kali ini ia lebih bermakna apabila ibu bapanya turut dapat bertemu dengan penyelamatnya itu.

Menurutnya, mereka bertemu selepas majlis graduasi Ijazah Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi.

“Korang ingat tak Pakcik grab tular sebab tolong saya haritu. Kami ada berjumpa semalam. Lepas je majlis graduasi, keluar bawak keluarga jumpa pakcik.

“Pakcik yang jadi ayah saya untuk sehari akhirnya bertemu dengan ayah sebenar saya,” katanya.

image is not available
Kredit: Mirzahiraa

Perkongsian itu turut tular dan mendapat perhatian ramai.

“Lepasni boleh sambung jadi ayah angkat pulak.. cantiknya Allah aturkan perkenalan korang”

“Alhamdulillah. Tahniah dik, dah konvo. Bagusnya adik menemukan mak ayah dengan Pak Cik Grab yang budiman ini. Begitulah kita, orang berbudi kita berbahasa. Semoga semua dalam gambar ini dirahmati Allah selalu”

“Gembiranya tengok post ni, semoga awak, keluarga awak dan pakcik grab sentiasa dalam lindungan Allah, murah rezeki sentiasa”

Sumber: mirzahiraa

The post Tular Tolong Hantar Ke Hospital, Gadis Kongsi Momen Bertemu Semula Dengan Pakcik Grab appeared first on Siakap Keli.