Tular video ahli MPP didakwa kutip wang perlindungan: “You pau, you out!” -Hannah Yeoh

LocalPolitics
27 Mar 2026 • 8:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menegaskan beliau tidak akan berkompromi dalam memerangi kartel yang cuba merosakkan negara khususnya di Wilayah Persekutuan.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menyatakan mana-mana pihak yang cuba berbuat demikian akan dipastikan dibuang.

“Lawan kartel: You pau, you out,” tulisnya tegas.

image is not available

Kenyataan tersebut dibuat susulan tular rakaman CCTV yang didakwa menunjukkan dua individu meminta wang daripada sebuah pusat urut di Wangsa Maju.

Sebelum ini juga Hannah telah mengarahkan siasatan segera berhubung dakwaan salah laku melibatkan Arahan itu termasuk meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat laporan polis.

image is not available

Memetik laporan daripada Bernama, polis mengesahkan bahawa pihak mereka ada menerima tiga laporan berhubung video tular yang memaparkan dakwaan dua individu dipercayai ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan meminta wang perlindungan daripada sebuah pusat urut di Wangsa Maju, hari ini.

“Setakat ini, tiga laporan telah diterima dan siasatan masih dijalankan,” katanya.

image is not available

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penyebaran kandungan.

Sumber: Facebook Hannah Yeoh, Bernama