
Beberapa hari lepas, sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter telah memaparkan beberapa orang kanak-kanak yang dipercayai anak kepada jiran mereka sedang bermain di sebelah kereta milik kakaknya.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah, dari video tersebut dapat dilihat salah seorang daripada kanak-kanak itu telah bertindak memanjat bumbung kereta mereka.
Sampai panjat bumbung kereta jiran?
Sebab tu parental control ni penting, jadi macam ni la. Anak siapa entah memandai panjat kereta kakak aku?
So kalau kita suarakan perkara macam ni pun boleh kena maki sebab tak respect anak dia ke? Tanya pic.twitter.com/W4epoIMTHk
— faiz (@faiizaizat) March 14, 2023
Pemilik akaun yang lebih dikenali sebagai Faiz memberitahu, kejadian itu sempat dirakam oleh adiknya yang pada waktu itu baru pulang dari tempat kerja.
“Masa hampir nak sampai rumah, adik nampak ada tiga kanak-kanak sedang bermain di hadapan rumah kakak dengan salah seorang daripada mereka memanjat kereta kakak yang diparkir di hadapan pagar,” katanya.
Faiz turut memberitahu, apabila adiknya sampai di hadapan rumah dia sempat menegur kanak-kanak tersebut namun sejurus selepas itu ketiga-tiga kanak-kanak itu berlari masuk ke rumah mereka.

Susulan kejadian itu, kakak Faiz telah pergi ke rumah jiran mereka untuk memberitahu mereka mengenai perkara tersebut hanya sebagai teguran untuk masa akan datang.
Walaubagaimanapun, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut didapati tiada di rumah, kemungkinan mereka bekerja ataupun keluar.
Mak ayah tampil mohon maaf
Faiz turut menegaskas bahawa tindakannya memuat naik video tersebut adalah untuk menyampaikan mesej tentang betapa pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak mereka mengenai adab.
Difahamkan ibu bapa kepada kanak-kanak terbabit juga telah tampil dan memohon maaf atas tindakan anak mereka terhadap keluarga Faiz.

Netizen turut setuju!
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Faiz menegur ibu bapa kanak-kanak tersebut. Selain itu, ada juga warganet yang berkongsikan kisah mereka apabila berhadapan dengan situasi yang seakan-akan sama.

Nasib baik tak jadi apa-apa kat kereta dan juga budak tu..
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



