Polis tahan pengasuh taska disyaki dera bayi di Cheras

LocalFamily & Parenting
28 Dec 2025 • 3:41 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Seorang pengasuh taska berusia 26 tahun ditahan polis di Cheras susulan dakwaan penderaan terhadap beberapa bayi berusia enam hingga sembilan bulan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pengasuh wanita berhubung dakwaan penderaan terhadap beberapa bayi di sebuah taska di Alam Indah, Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata wanita tempatan berusia 26 tahun itu ditahan pada 16 Disember.

Tiga laporan telah diterima polis berhubung kes itu dan siasatan mendapati hanya seorang suspek terlibat.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 oleh Bahagian D11, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita trauma selepas rakaman CCTV tular memaparkan anaknya berusia enam bulan dicampak, digolek dan ditampar pengasuh.

Rakaman itu mencetuskan kemarahan orang ramai dan kebimbangan ibu bapa lain.

Terdapat juga dakwaan beberapa bayi lain turut menjadi mangsa di taska terbabit.