
Sudah beberapa kali diingatkan ibu bapa untuk sentiasa cakna akan keberadaan anak yang masih kecil untuk mengelak daripada terlibat dengan perkara yang tidak diingini.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak nyaris dilanggar kereta kerana bermain di tepi jalan.
Menerusi perkongsian Mohd Redzuan Abdul Manap di X, kanak-kanak yang berusia 2 tahun itu dilihat bermain dengan basikal kecilnya di atas jalan raya di Dengkil, Selangor.
Artikel berkaitan: Kes Kemalangan Di Putrajaya: Polis Jangka Pemandu Lori Rempuh Kenderaan Mungkin Sebab Main Handphone
Artikel berkaitan: “Malang tak berbau” – Budak Perempuan Maut Dilanggar Pacuan Empat Roda Ketika Main Basikal Di Kawasan Rumah
Nyaris digilis kenderaan.
Polis siasat kes kanak2 dua tahun bermain atas jalan raya di Dengkil, Selangor.
Polis sudah ke lokasi dan bertemu penjaga.
Kes siasat 3(1) Akta Kanak2 bagi kesalahan abai kanak2 tanpa diawasi sehingga boleh bahayakan nyawa-KPD Sepang. pic.twitter.com/lzFQGz6p3h
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) October 30, 2023
Pun begitu, mujurlah pemilik rakaman video itu berjaya mengelak dari menggilis kanak-kanak berkenaan yang berada betul-betul di tepi jalan dengan memberhentikan keretanya.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Polis Daerah Sepang, kejadian tersebut dikatakan berlaku sekitar jam 7 malam dan ia melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak bongsu daripada empat orang adik beradik.
Susulan tular video berkenaan, pihak polis telah pergi ke tempat kejadian dan berjaya mengesan keluarga mangsa bagi membantu siasatan.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Kanak-kanak 2001 atas kesalahan pengabaian kanak-kanak tanpa diawasi sehingga boleh membahayakan nyawa.
Sumber: X
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


